Wajib "Taksir Zakat" Pendapatan Bantu Tingkatkan Perolehan PKZ Pahang

Wajib "Taksir Zakat" Pendapatan Bantu Tingkatkan Perolehan PKZ Pahang - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wajib "Taksir Zakat" Pendapatan Bantu Tingkatkan Perolehan PKZ Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wajib "Taksir Zakat" Pendapatan Bantu Tingkatkan Perolehan PKZ Pahang
link : Wajib "Taksir Zakat" Pendapatan Bantu Tingkatkan Perolehan PKZ Pahang

Baca juga


Wajib "Taksir Zakat" Pendapatan Bantu Tingkatkan Perolehan PKZ Pahang


KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) dengan kerjasama Pusat Kutipan Zakat (PKZ) negeri melancarkan Pelaksanaan Wajib Taksir Zakat Pendapatan bagi mewajibkan kakitangan awam, badan-badan berkanun dan swasta yang belum membayar zakat pendapatan berbuat demikian.

Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, pelancaran tersebut bagi membantu mening­katkan perolehan PKZ negeri untuk memudahkan pengagihan bantuan kepada mereka yang memerlukannya.

“Tahun lalu, seramai 83,166 membabitkan kakitangan awam, badan-badan berkanun dan swasta membayar zakat pendapatan dan harta dengan jumlah RM120.6 juta yang mana RM47.3 juta daripada jumlah tersebut dibayar melalui potongan gaji.

“Kita menganggarkan kira-kira 40,000 lagi pembayar zakat pendapatan akan tampil menunaikan zakat mereka sehingga hujung tahun ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran tersebut di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengurus Be­sar Kanan PKZ negeri, Datuk Halidan Md. Daud dan Setiausaha Muip, Datuk Ahmad Hairi Hussain.

Pada majlis tersebut, PKZ turut menyampaikan Anugerah Kerjasama Terbaik (Kategori Sekolah) kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Saujana, Jerantut dan Sekolah Kebangsaan (SK) Maran.

Bagi Kategori Jabatan Kerajaan pula diterima oleh Jabatan Kesihatan Lipis dan kategori swasta diterima Isuzu-Hicom, Pekan.

Menurut Wan Abdul Wahid, pelaksanaan tersebut akan melalui beberapa proses dan bagi peringkat permulaan, pihak­nya sedang mengumpul data pekerja di negeri ini kemudian mengedarkan borang taksiran kepada pekerja yang belum membayar zakat dan perlu dikembalikan pada September hingga Oktober ini.

Katanya, PKZ negeri menjangkakan dapat mengutip antara RM5 juta hingga RM10 juta lagi dan akan digunakan bagi tujuan pembangunan ekonomi orang Islam di negeri ini.

Sementara itu, beliau berharap majikan dapat memberi kerjasama dalam menyenaraikan kakitangan mereka bagi memudahkan urusan pengumpulan data untuk ditaksirkan PKZ.

“Kami berharap lebih ramai majikan memberi peluang kepada petugas PKZ memberi pene­rangan kepada pekerja mereka mengenai kepen­tingan berzakat dan kelebihan yang mereka peroleh apabila menunaikan tuntutan agama ini,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Wajib "Taksir Zakat" Pendapatan Bantu Tingkatkan Perolehan PKZ Pahang

Sekianlah artikel Wajib "Taksir Zakat" Pendapatan Bantu Tingkatkan Perolehan PKZ Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wajib "Taksir Zakat" Pendapatan Bantu Tingkatkan Perolehan PKZ Pahang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/wajib-taksir-zakat-pendapatan-bantu.html

Subscribe to receive free email updates: