6,500 graduan guru universiti masih menganggur - Hallo sahabat
Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 6,500 graduan guru universiti masih menganggur, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Bola Sepak,
Artikel Malaysia Today,
Artikel News,
Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
6,500 graduan guru universiti masih menganggurlink :
6,500 graduan guru universiti masih menganggur
6,500 graduan guru universiti masih menganggur
KUALA LUMPUR 23 Julai - Kira-kira 6,500 graduan pendidikan dari universiti awam seluruh seluruh Malaysia masih belum menerima penempatan sebagai guru lantaran dasar pasaran terbuka yang diamalkan Kementerian Pendidikan sejak beberapa tahun dahulu.
Wakil Gerakan Graduan Pendidikan Universiti Awam (GGPUA), Mohd. Azrinsyah Abd. Aziz berkata, melalui kutipan data yang dilakukan pihaknya sejak Jun lalu, sejumlah 6,516 graduan pendidikan memberi respons dan mendakwa masih belum ditempatkan sebagai guru walaupun ada antara mereka sudah lima tahun menamatkan pelajaran.
“Jumlah ini semakin meningkat saban tahun kerana pengambilan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang berterusan di samping terdapat 11 universiti yang turut menawarkan kursus pendidikan.
“Lebih parah lagi, ketika hanya kira-kira 20 peratus calon temu duga pada Oktober 2017 diserap sebagai guru, terdapat kira-kira 2,600 graduan baharu menamatkan pengajian tahun ini, menjadikan jumlah graduan yang bersaing untuk diserap masuk sebagai guru semakin ramai,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik memberitahu masalah kekurangan guru di bandar besar semakin serius terutamanya melibatkan negeri Johor dan Selangor.
Maszlee turut berkata, beberapa inisiatif seperti menaikkan elaun kos sara hidup dan meramaikan lagi anak tempatan menjadi guru sedang dalam peringkat kajian oleh Kementerian Pendidikan.
Mengulas lanjut, Azrinsyah turut berkata, menurut laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), seramai 3,392 graduan menghadiri temu duga pada April lalu dan mereka kini sedang dalam keadaan tertanya-tanya kerana keputusan temu duga tersebut ditangguhkan sehingga hari ini.
Katanya, mengikut amalan terdahulu yang tercatat dalam piagam pelanggan SPP, keputusan akan diumumkan empat minggu selepas tarikh akhir temu duga.
“Namun disebabkan pertukaran kerajaan, mungkin berlaku sedikit kekeliruan sehingga pengumuman keputusan tersebut ditangguhkan,” katanya.
loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel 6,500 graduan guru universiti masih menganggur
Sekianlah artikel 6,500 graduan guru universiti masih menganggur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 6,500 graduan guru universiti masih menganggur dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/07/6500-graduan-guru-universiti-masih.html
Related Posts :
Poster Bergerak Tarikan Makrifat Cinta
Dhananwoodd Films Sdn Bhd menjadi syarikat produksi perfileman tempatan pertama yang memperkenalkan poster bergerak (motion poster) sebaga… Read More...
Lagu Ariana Grande Iringi Pengebumian Mangsa
LAGU bintang pop Amerika Syarikat (AS), Ariana Grande mengiringi upacara pengebumian mangsa serangan Manchester, Eilidh MacLeod.
Eilidh, … Read More...
“Papa, kenapa saya jadi macam ni?” – Derita adik Arifuddin Mohd Norhafis hidap kanser tisu, Ya Allah sembuhkanlah dia…
loading…
“PAPA, kenapa saya jadi macam ni? ” Demikian pertanyaan Mohd Arifuddin Mohd Norhafis, 9, yang menderita kanser tisu kepada bapan… Read More...
Agresif Akibat Flakka Dibimbangi Menular Ke Malaysia
Flakka mampu memberi kesan sangat mudarat pada tubuh badan. (Gambar: DEA)
Baru-baru ini tular di media sosial klip video beberapa individu… Read More...
Tahun lepas 98 pasang baju raya, tahun ini..... WOW!
Raya tahun lalu, kita pernah dengar yang Rozita Che Wan ada memberitahu dia menyediakan hampir 98 pakaian pasang baju Raya. Namun tahun n… Read More...