'Guru' nekad bekerja sebagai pekerja pembersihan, penoreh getah

'Guru' nekad bekerja sebagai pekerja pembersihan, penoreh getah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Guru' nekad bekerja sebagai pekerja pembersihan, penoreh getah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Guru' nekad bekerja sebagai pekerja pembersihan, penoreh getah
link : 'Guru' nekad bekerja sebagai pekerja pembersihan, penoreh getah

Baca juga


'Guru' nekad bekerja sebagai pekerja pembersihan, penoreh getah

Imej via Utusan Online
KUALA LUMPUR 24 Julai - Seorang graduan pendidikan sanggup berkelana ke negara jiran, Singapura demi mendapatkan pekerjaan bagi menampung kehidupan selepas tiga kali gagal dalam temuduga untuk menjadi guru sebelum ini.

Graduan tersebut, Muhammad Adlan Noor Khafiz, 25, berkata, walaupun terpaksa berulang-alik sejauh 100 kilometer setiap hari, tawaran gaji yang tinggi membuatkan dia nekad untuk be­kerja di Singapura sebagai pekerja pem­bersihan.

“Saya bekerja di sebuah sya­rikat antarabangsa sebagai peker­ja pembersihan dan dapatkan pe­kerjaan ini menggunakan ijazah memandangkan syarikat mahukan pekerja berkelulusan ijazah untuk mengisi jawatan yang lebih tinggi pada masa hadapan.

“Untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia de­ngan gaji seperti yang saya peroleh sekarang sangat susah, malah saya pernah mencuba pelba­gai pekerjaan seperti ope­rator pengeluaran di kilang-kilang sebelum mem­­buat keputusan un­tuk bekerja di Singapura,” kata peme­gang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Pendidikan Moral dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menerima nasib yang hampir serupa, Nur Halimatun Ab. Mueei, 25 yang memilih untuk bekerja sebagai pekerja pembersihan di sebuah dewan makan asrama untuk mengelak membe­lanjakan wang yang lebih banyak apabila bekerja di negeri lain.

Beliau yang merupakan gra­du­an ISMP Pengajian Malaysia dengan Pendidikan UPSI berkata, kebanyakan peluang pekerjaan yang ditemui adalah di Selangor dan Pulau Pinang sedangkan beliau menetap di Terengganu.

“Saya lihat, kebanyakan peker­jaan seperti guru swasta melibatkan lokasi yang jauh dan di­sebabkan masalah kos, saya memilih untuk mendapatkan apa sahaja pekerjaan yang berdekatan untuk membantu keluarga, terutamanya adik-adik yang masih bersekolah,” kata anak sulung daripada tujuh beradik itu.

Sementara itu, seorang lagi graduan, Mohd. Idzham Md. Nor, 25, pula memilih untuk memban­tu bapanya sebagai penoreh getah sementara me­nunggu keputusan pe­nempatan.

Namun, agak malang baginya kerana harga getah yang jatuh teruk kini menyebabkan pendapatannya semakin berkurangan.

“Sedih juga kerana selepas graduasi, saya tidak pernah mendapat panggilan temuduga, apatah lagi saya sebagai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) perlu membayar pinjaman,” katanya.

Sumber: Utusan

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 'Guru' nekad bekerja sebagai pekerja pembersihan, penoreh getah

Sekianlah artikel 'Guru' nekad bekerja sebagai pekerja pembersihan, penoreh getah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Guru' nekad bekerja sebagai pekerja pembersihan, penoreh getah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/07/guru-nekad-bekerja-sebagai-pekerja.html

Subscribe to receive free email updates: