Adakah Guru Besar sekarang ini tidak berintegriti?

Adakah Guru Besar sekarang ini tidak berintegriti? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adakah Guru Besar sekarang ini tidak berintegriti?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adakah Guru Besar sekarang ini tidak berintegriti?
link : Adakah Guru Besar sekarang ini tidak berintegriti?

Baca juga


Adakah Guru Besar sekarang ini tidak berintegriti?

Gambar hiasan

SAUDARA PENGARANG,

KENYATAAN Kementerian Pendidikan baru-baru ini yang menyebut pihaknya hanya akan memilih guru besar dalam kalangan mereka yang berintegriti dan amanah ke arah memastikan semua bantuan pendidikan yang disalurkan kepada murid termasuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diurus dengan baik telah mencetuskan persoalan kepada saya.

Mungkin selama ini guru besar kurang berintegriti dan amanah, sebab itu kenyataan sedemikian dibuat? 

Integriti adalah keutamaan dalam kepemimpinan. Banyak telah ditulis mengenai integriti namun masih terdapat dalam kalangan peneraju organisasi dan syarikat bersikap tidak amanah.
Untuk memastikan perkara itu tidak berterusan, budaya integriti perlu diterap bukan setakat dalam bentuk teori sebaliknya menjadi amalan setiap daripada kita. Individu berintegriti bersikap amanah secara konsisten dalam setiap tindakan selaras dengan ungkapan ‘cakap serupa bikin’.

Integriti jika diterjemahkan dalam bahasa seharian kita bermaksud jujur atau melakukan sesuatu yang baik dan betul walaupun orang lain tidak nampak apa yang kita lakukan kecuali Allah SWT. Seseorang yang berintegriti tidak mempunyai sikap tercela seperti khianat, mungkir janji dan menerima rasuah.

Individu berintegriti tetap berhenti di persimpangan lampu isyarat pada pukul 3 pagi, ketika lampu merah menyala walaupun tiada sesiapa di situ kecuali dirinya sendiri.

Salah satu cabaran pemimpin berintegriti adalah membuat keputusan secara pantas dan dalam masa sama kekal berpegang kepada sifat amanah.

Sifat jujur ini bukan semata-mata kerana hendak menunjuk-nunjuk sebaliknya kerana itulah prinsip yang dipegang dalam diri.

Pemimpin yang tidak berpegang kepada integriti akan merosakkan kepercayaan orang bawahan. Oleh itu, untuk mempamerkan sifat sentiasa berpegang kepada kejujuran, mereka hendaklah menekankan mengenai perkara itu dalam setiap ucapan yang disampaikan. Selain ucapan, mereka harus telus dalam tingkah laku dan memberi tanpa mengharapkan balasan.

AZIZI AHMAD

Kuala Lumpur

Sumber: Utusan

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Adakah Guru Besar sekarang ini tidak berintegriti?

Sekianlah artikel Adakah Guru Besar sekarang ini tidak berintegriti? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adakah Guru Besar sekarang ini tidak berintegriti? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/11/adakah-guru-besar-sekarang-ini-tidak.html

Subscribe to receive free email updates: