[Video] Sebak seorang guru dibuat anak muridnya...

[Video] Sebak seorang guru dibuat anak muridnya... - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video] Sebak seorang guru dibuat anak muridnya..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video] Sebak seorang guru dibuat anak muridnya...
link : [Video] Sebak seorang guru dibuat anak muridnya...

Baca juga


[Video] Sebak seorang guru dibuat anak muridnya...

Ini adalah saat-saat dimana seorang juruterbang daripada sebuah syarikat penerbangan di Turki menzahirkan penghargaan kepada bekas gurunya, Selahattin Onan.
Selahattin Onan merupakan seorang tenaga pengajar juruterbang di syarikat penerbangan Turkish Airlines. Secara kebetulan, ketika itu pesawat yang dinaiki oleh Selahattin dikemudikan oleh anaknya sendiri, Mithat Okhan Onan.

Video berkenaan adalah usaha daripada pengurusan Turkish Airlines sebagai kejutan kepada Selahattin yang bakal menyambut ulang tahun Hari Guru Ke-24 sebagai tenaga pengajar di syarikat itu.

Ketika itu, guru berkenaan antara ratusan penumpang yang menaiki pesawat yang dikendalikan Mithat.


Melalui rakaman video yang tular di media sosial, juruterbang berkenaan dilihat memberi ucapan di dalam bahasa Turki menggunakan alat pembesar suara yang tersedia di dalam pesawat tersebut.

”Kepada semua penumpang, hari ini adalah hari yang sangat penting. Sepanjang enam tahun saya bergelar juruterbang dan sebahagian daripada keluarga Turkish Airlines, ini adalah kerana jasa dan usaha guru saya, Selahattin Onan, seorang tenaga pengajar juruterbang yang bersama-sama dengan kita hari ini.

”Ia adalah sesuatu yang sangat indah untuk memiliki seorang guru seperti ayah kamu sendiri. Dia adalah seorang kapten selama 20 tahun, dan bergelar tenaga pengajar selama 10 tahun mendidik dan melahirkan ribuan juruterbang yang lain, membesarkan kami seperti anaknya sendiri.

”Dengan ini, saya mewakili semua anak muridnya, ingin menzahirkan penghargaan tidak terhingga kepadanya dan saya secara peribadi merasa sangat bersyukur.

”Saya sangat bertuah anda menjadi guru saya, dan saya lebih bertuah kerana anda juga ayah saya,” katanya.

Dari ucapan itulah, guru berkenaan dilihat tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata. Penumpang-penumpang lain khususnya penumpang wanita juga dilihat terkesan dengan ucapan yang diberikan oleh juruterbang tersebut.

Tidak lama kemudian, dapat dilihat melalui rakaman video yang sama beberapa orang juruterbang yang lain hadir daripada kerusi belakang membawa sejambak bunga sebagai kejutan kepada guru berkenaan.
Keadaan ini membuatkan guru berkenaan bertambah sebak apatah lagi juruterbang-juruterbang tersebut bersalaman sambil mencium tangannya sebagai tanda ucapan terima kasih.

Anaknya sendiri turut keluar daripada kokpit pesawat untuk bertemu dan memberi pelukkan, sebagai anak murid dan juga sebagai anak kandungnya.

”Ini adalah caranya seorang pendidik yang mengajar kami sepanjang hidupnya, menyambut Hari Guru bersama-sama kami. Selamat Hari Guru buat semua pendidik kami,” kata Mithat dihujung ucapan.
Jadi buat anda di luar sana, jangan sesekali lupa jasa para guru, selain ibu bapa, yang banyak menyumbang bakti dalam membentuk diri anda sehingga anda mampu menjadi diri anda sekarang dan miliki semua yang anda ada pada hari ini.

Saksikan detik-detik penuh emosi tersebut melalui video dibawah.

Sumber : Habeler.com, Turkish Airlines

Olahan: Siakap Keli

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel [Video] Sebak seorang guru dibuat anak muridnya...

Sekianlah artikel [Video] Sebak seorang guru dibuat anak muridnya... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video] Sebak seorang guru dibuat anak muridnya... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/11/video-sebak-seorang-guru-dibuat-anak.html

Subscribe to receive free email updates: