Apa maksud Potongan Angkasa (Bukan Pinjaman) dalam slip gaji penjawat awam?

Apa maksud Potongan Angkasa (Bukan Pinjaman) dalam slip gaji penjawat awam? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apa maksud Potongan Angkasa (Bukan Pinjaman) dalam slip gaji penjawat awam?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa maksud Potongan Angkasa (Bukan Pinjaman) dalam slip gaji penjawat awam?
link : Apa maksud Potongan Angkasa (Bukan Pinjaman) dalam slip gaji penjawat awam?

Baca juga


Apa maksud Potongan Angkasa (Bukan Pinjaman) dalam slip gaji penjawat awam?


Seringkali penjawat awam tertanya-tanya dengan pernyataan di dalam slip gaji masing-masing di bahagian potongan yang tercatat Potongan Angkasa (Bukan Pinjaman).

Apakah yang dimaksudkan dengan Angkasa (Bukan Pinjaman) itu?

Merujuk kepada Arahan Operasi yang boleh diperoleh daripada laman web Jabatan Akauntan Negara di SINI, arahan tersebut ada menyebut berkenaan perkara di atas.

Makluman ini adalah berkaitan dengan kekeliruan yang dihadapi oleh pegawai apabila Penyata Gaji memaparkan 2 kod potongan Angkasa iaitu Angkasa dan Angkasa (TIADA KENAAN CAJ) pada bulan Julai 2013 yang lepas.
Mulai gaji bulan Oktober 2012 Kerajaan telah mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi kepada 17 buah agensi potongan berdasarkan peruntukan Perintah FI (Kemudahan Potongan Gaji Pegawai Awam Persekutuan) 2011 Akta Fi 1951.

Sekiranya sesebuah agensi potongan tidak bersetuju untuk dikenakan caj RM1.00, agensi terbabit perlu mendaftar terus di bawah agensi Angkasa. Mulai bulan Julai 2013 juga, kenaan caj telah mula diperluaskan kepada agensi Angkasa.

Terdapat pelbagai jenis potongan didaftarkan di bawah agensi Angkasa seperti potongan berbentuk pinjaman, kelab, simpanan, insuran dan sebagainya.

Hanya potongan berbentuk pinjaman sahaja yang dikenakan caj. Dijelaskan di sini bahawa kenaan caj RM1.00 adalah dikenakan ke atas AGENSI dan bukan ke atas individu.

Slip gaji bulan Jun 2013 masih belum berlaku pengasingan.
Bagi individu yang mempunyai potongan Angkasa, amaun yang dipotong pada bulan Julai 2013 adalah sama seperti bulan sebelumnya kecuali jika ada perubahan amaun potongan yang dibuat oleh pegawai. Bezanya adalah potongan tersebut telah dikategorikan kepada pinjaman + kelab/simpanan/insuran ATAU kekal di bawah potongan berbentuk pinjaman ATAU potongan berbentuk kelab/simpanan/insuran.
Slip gaji bulan Julai 2013 potongan telah diasingkan dengan catatan Angkasa (TIADA Kenaan Caj)

Kategori potongan hanya diketahui oleh pihak agensi Angkasa sahaja. Pihak JANM hanya membantu untuk memproses potongan setiap bulan ke atas individu.

Oleh yang demikian paparan pada penyata gaji bulan Julai 2013 telah dipaparkan sebagai Angkasa dan Angkasa (TIADA KENAAN CAJ).
Slip gaji bulan Ogos 2013, pengasingan telah ditukarkan kepada Angkasa (Bukan PINJAMAN)

Bagi mengelakkan kekeliruan, sekali lagi pada gaji bulan Ogos 2013, Penyata Gaji pegawai akan memaparkan perihal Angkasa yang bermaksud pinjaman atau Angkasa (bukan PINJAMAN) yang bermaksud sama ada kelab, simpanan atau insuran.
Slip gaji terkini 2018

Di harap penjelasan ini dapat membantu pihak tuan/puan yang masih keliru dengan paparan kod potongan Angkasa di ruangan Penyata Gaji.

Sumber: Arahan Operasi ANM


loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Apa maksud Potongan Angkasa (Bukan Pinjaman) dalam slip gaji penjawat awam?

Sekianlah artikel Apa maksud Potongan Angkasa (Bukan Pinjaman) dalam slip gaji penjawat awam? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Apa maksud Potongan Angkasa (Bukan Pinjaman) dalam slip gaji penjawat awam? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/12/apa-maksud-potongan-angkasa-bukan.html

Subscribe to receive free email updates: