Aku Jilat, Kau Akan Rasa Sedap - Remaja 12 Tahun Dedah Kisah Seks Bebas Melalui WeChat Sehingga Mengandung

Aku Jilat, Kau Akan Rasa Sedap - Remaja 12 Tahun Dedah Kisah Seks Bebas Melalui WeChat Sehingga Mengandung - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aku Jilat, Kau Akan Rasa Sedap - Remaja 12 Tahun Dedah Kisah Seks Bebas Melalui WeChat Sehingga Mengandung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aku Jilat, Kau Akan Rasa Sedap - Remaja 12 Tahun Dedah Kisah Seks Bebas Melalui WeChat Sehingga Mengandung
link : Aku Jilat, Kau Akan Rasa Sedap - Remaja 12 Tahun Dedah Kisah Seks Bebas Melalui WeChat Sehingga Mengandung

Baca juga


Aku Jilat, Kau Akan Rasa Sedap - Remaja 12 Tahun Dedah Kisah Seks Bebas Melalui WeChat Sehingga Mengandung


Remaja masa kini yang sering terjebak dengan berbagai gejala amat menakutkan ibu bapa. Pergaulan bebas mereka kini amat sukar dibendung kerana berbagai pendedahan media sosial masa kini semakin hari semakin maju.

Ada diantara remaja yang masih lagi bersekolah rendah didapati sudah tahu melakukan hubungan intim yang didedahkan menerusi berbagai aplikasi seperti WeChat.

Satu perkongsian dari seorang wanita mendedahkan bagaimana seorang remaja perempuan yang berusia 12 dipercayai mengandung akibat dirogol oleh rakannya dikenali menerusi laman sosial WeChat.

Amat sukar untuk dipercayai apabila seorang murid yang pandai dan turut menjadi murid harapan gurunya didapati terjebak di dalam perkara sebegini yang menyebabkan remaja terbabit mengandung.


Oleh: Zeeda Aziz

Darjah 6 sudah pandai melakukan gangguan seksual. Juga sudah mula mengiklankan diri untuk dinodai.

Inilah generasi pewaris kita wahai ibu ayah. Bukan cerita yang dibuat-buat. Anak² sekolah rendah sudah mula aktif memikirkan tentang seks. Ada juga yang sudahpun mencuba dan menyukainya.

Di sekolah waktu rehat, murid lelaki duduk berkumpul beramai-ramai di tangga menunggu murid perempuan melintas lalu. Target mereka cuma satu. Mengotorkan maruah kawan sebaya mereka dengan usikan berbaur seksual.

"Meh sini aku jilat!"

Tak cukup dengan itu, tangan laju menampar punggung murid perempuan (spanking). Dari mana mereka belajar, kena tanya mak ayah. Ada bagi unlimited access ke internet ke?

Bagi mereka gurauan ini harmless. Tetapi inilah permulaan untuk mereka lebih berani mencuba seks bebas.


Menurut kata remaja ini yang usianya lebih kurang baya anak sulung saya, aktiviti seks mula aktif apabila mereka masuk ke sekolah menengah. Masing-masing baru mendapat telefon pintar dengan akses ke laman lucah tanpa had. Juga gambar² lucah dikongsi sesama mereka melalui aplikasi WhatsApp.

Beberapa group rahsia diwujudkan di WhatsApp. Ahli² group ini direkrut dari WeChat. Jika 'moment' pengguna itu nampak nakal, gambar profile menarik dan ramai friends, mereka akan dijemput menjadi ahli group rahsia ini. Isi perbualan bukan lagi biasa². Mereka disajikan dengan cerita nikmat itu, sedap ini.

Seks di bawah umur bukan sesuatu yang pelik bagi pelajar tingkatan 1 di zaman ini. Lebih² lagi yang ditempatkan di kelas belakang. Saya bertanya, adakah pelajar bijak di kelas hadapan terkecuali. Menurutnya, tidak. Kelas depan atau belakang memang ada. Cuma yang bermasalah ini tidak sebanyak di kelas belakang.

Dulunya, remaja yang saya temubual inilah yang selalu membuat laporan kepada guru jika ada perbuatan yang tidak senonoh dilakukan di kawasan sekolah. Mana² pelajar yang disyaki melakukan aktiviti tidak sihat akan dihantar ke Tunas Bakti. Tetapi kini dia pula menjadi antara pelajar yang terpaksa menamatkan persekolahan, dek kerana hamil akibat dirogol oleh teman yang dikenali melalui WeChat.

Saya menyeru kepada semua ibubapa yang membaca status ini dan peduli akan keselamatan dan kualiti akhlak anak², jangan biarkan anak bersendiri dengan telefon pintar atau komputer riba mereka. Walaupun kita sudah bentuk anak kita sebaiknya, mereka boleh bertukar 360 darjah dalam sekelip mata.

Pengaruh rakan sebaya lebih kuat penangannya berbanding nasihat, ilmu agama dan kasih sayang mak ayah. Bayangkanlah, pelajar yang dahulunya sering membantu cikgu memulihkan imej sekolah, aktif menasihatkan rakan² yang sedang merosakkan diri mereka, kini berada di tempat yang sama seperti rakan²nya.

Hanya kerana satu aplikasi.
Hanya kerana satu temujanji.
Hanya kerana seorang lelaki.
Masa depannya berubah sama sekali.

Mohon jangan diviralkan status ini. Biarlah masalah ini selesai dengan sendirinya. Itulah harapan majoriti kita. Yang tak peduli tentang kemelut semasa.
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Aku Jilat, Kau Akan Rasa Sedap - Remaja 12 Tahun Dedah Kisah Seks Bebas Melalui WeChat Sehingga Mengandung

Sekianlah artikel Aku Jilat, Kau Akan Rasa Sedap - Remaja 12 Tahun Dedah Kisah Seks Bebas Melalui WeChat Sehingga Mengandung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aku Jilat, Kau Akan Rasa Sedap - Remaja 12 Tahun Dedah Kisah Seks Bebas Melalui WeChat Sehingga Mengandung dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/aku-jilat-kau-akan-rasa-sedap-remaja-12.html

Subscribe to receive free email updates: