KISAH YANG MENYAYAT HATI! Edika Yusof, Hero Sebenar Dalam dan Luar Filem

KISAH YANG MENYAYAT HATI! Edika Yusof, Hero Sebenar Dalam dan Luar Filem - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KISAH YANG MENYAYAT HATI! Edika Yusof, Hero Sebenar Dalam dan Luar Filem, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KISAH YANG MENYAYAT HATI! Edika Yusof, Hero Sebenar Dalam dan Luar Filem
link : KISAH YANG MENYAYAT HATI! Edika Yusof, Hero Sebenar Dalam dan Luar Filem

Baca juga


KISAH YANG MENYAYAT HATI! Edika Yusof, Hero Sebenar Dalam dan Luar Filem

Nama Edika Yusof memang menjadi antara nama yang sangat hot ketika era 90-an di mana dia sangat di kenali ramai menerusi lakonannya sebagai hero dalam filem Maria Mariana. Dalam filem itu, Edika telah menampilkan watak seorang lelaki kaya yang mempunyai hubungan cinta tiga segi antara Maria(lakonan Erra) dan Mariana(lakonan Ziana Zain).

Namun selepas berkahwin Edika di katakan telah menyepikan diri dari dunia lakonan dan wajahnya sudah tidak di siarkan secara meluas melalui drama atau mana-mana filem. Beberapa tahun selepas itu barulah namanya naik semula selepas beliau mula aktifi kembali dalam industri hiburan. Menurut Edika, dia berhenti sebentar dari dunia hiburan dan melakukan bisnes grafik dan percetakan.

Dia juga menyatakan selain menguruskan bisnes percetakan secara online, semua kerja di rumah juga di uruskan olehnya selepas isterinya di katakan telah lumpuh dari dada hingga ke bawah selepas melahirkan anak mereka.Edika juga melakukan kesemua tugasan yang di lakukan oleh seorang isteri bermula dari membeli ikan sayur di pasar,mengemas rumah, memasak sehinggalah mengambil tahu hal anak.

Bercerita detik di uji Tuhan yang membuatkan hidupnya berubah 360 darjah,Edika menyatakan kejadian itu berlaku ketika isterinya hamil anak kedua mereka di mana ketika itu isterinya di serang demam panas dan terkena sawan. Doktor terpaksa meletakkan isterinya dalam keadaan koma dan anak mereka juga di tahan di unit rawatan rapi.

Setelah 9 hari koma, isterinya sedar namun hilang ingatan secara total dan tidak boleh mengingati bahawa dia sudah berkahwin dengan Edika dan sudah mempunyai anak dan keluarga. Selain ingatan, bahagian dada hingga ke bawah badannya juga telah lumpuh.Isterinya di tahan di wad selama 3 bulan dan dalam tempoh itulah menurut Edika dia perlu bekejar-kejar untuk berada di rumah di siang hari dan ke hospital untuk menemani isteri hingga lewat malam.

Ketika itu anaknya sudah di benarkan pulang manakala isteri masih perlu mendapat rawatan.Rutin itu di lakukannya selama 3 bulan berturut-turut.Lebih pilu sebelah wajah isterinya di serang strok manakala mata hitamnya pula sering beralih ke kiri dan kanan.Masalah pendengaran juga berlaku dan isterinya tidak mampu berkomunikasi dengan baik selama 6 bulan, hanya penulisan menggunakan pen sahaja memudahkan komunikasi mereka.

Menurut doktor, Edika dimaklumkan bahawa penyakit isterinya itu tidak punya ubat khusus kerana ia melibatkan neuro dalam otak di mana mesej dan arahan tidak boleh di sampaikan dengan baik untuk berkomunikasi atau bergerak. Rasa sakit juga tidak mampu untuk di rasai pendek kata hanya suku dari badan isterinya yang hidup.Melihat tiada apa yang di lakukan doktor, Edika memutuskan membawa isterinya pulang dan menjaga isterinya sepenuh hati di rumah.

Sampai hari ini menurut Edika dia tetap menjaga isterinya seperti biasa seperti mendukungnya ke bilik air, angkat ke atas kerusi roda,menyalin lampin dan segala hal yang lain.Keadaan isterinya makin baik walau tidak banyak dan dia sudah mampu angkat tangan walau untuk sedikit dan ingatannya juga makin membaik.

Kerana itulah Edika memilih untuk berhenti seketika dari dunia lakonan dan tidak menerima apa-apa tawaran. Edika juga bersyukur semangat isterinya kuat dan anak-anaknya yang sudah berusia belasan tahun turut membantu untuk melakukan kerja rumah di samping memahami keadaan orang tua mareka.

Edika juga di tanya bagaimana dia melalui ujian ini? Katanya dia banyak berdoa memohon agar Allah memanjangkan usia isterinya dan jika di kabulkan dia berjanji untuk menjaga isterinya sepenuh hati. Menurut Edika dia menjaga isterinya bukan semata-mata kerana setia namun dia melihat itu adalah ujian dan pada masa yang sama dia perlu memenuhi tanggung jawab sebagai suami.

Kata Edika lagi, dia mahu melakukan tanggungjawab sebagai suami sehabis baik dan sehabis mungkin sehingga ke akhir hayatnya.Walaupun ujian berat ini sudah di laluinya lebih dari 6 tahun, Edika di lihat terus tabah dan sentiasa senyum apabila berdepan dengan orang ramai. Katanya banyak wang simpanan di habiskan untuk berubat dan keperluan harian,namun tetap juga ada rezeki yang datang melalui bsines percetakannya.

Ditanya adakah dia pernah putus asa dengan ujian dari Tuhan? Edika tidak menolak ada waktunya suara nakal dan syaitan itu pernah terusik dan selepas berkahwin sehingga 14 tahun, dia ada terfikir mahu keluar mengembara dan kenal dunia dan orang lain.Isterinya juga meminta untuk dia melakukan hal yang di sukainya. Namun menurutnya atas rasa tanggung jawab dan simpati pada isteri, dia mengundurkan sahaja hasrat tersebut.

Edika juga menolak untuk berlakon walaupun di minta oleh isterinya kerana dia mahu uruskan semua keperluan isterinya sendiri tanpa menyusahkan ibu mertua dan ibu sendiri yang semakin tua.Kedua-dua ibu dan mertua Edika pernah menghidap sakit kanser dan dia sendiri pernah menjaga mertua dan ibunya. Isterinya pula adalah anak tunggal perempuan dalam keluarga.

Menurut Edika, ada waktunya dia terfikir sudah banyak yang dia korbankan dan lakukan namun apakah yang dia sudah dapat? Menurut Edika dia berusaha untuk selalu positif dan akan tunggu dan lihat apakah hikmah yang di sediakan di hadapan.Edika juga berharap perniaagannya juga makin berkembang dan sekarang beliau juga sedang mengusahakan produk kecantikan diri idea dari isterinya .

Edika menyifatkan ujian yang di lalui olehnya adalah satu cabaran dan dia menerima cabaran itu. Dia juga menyatakan dia tidak pernah mengasingkan isterinya dari tempat tidur dan selalu bersama setiap masa. Ujian tersebut menurutnya merapatkan lagi hubungan dan kasih sayang mereka.Kisah Edika Yusuf ini menjadi inspirasi ramai orang dan netizen rata-rata kagum dengan ketabahan dan cinta Edika terhadap isterinya.

Edika sekarang di katakan kembali aktif dalam dunia hiburan.Beliau juga sempat memberikan nasihat berguna melalui temubual dalam majalah Intrend  kepada mereka yang mahu berkahwin terutamanya kepada kaum lelaki yang mahu bergelar sebagai seorang suami :

 sumber: kisahdunia
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel KISAH YANG MENYAYAT HATI! Edika Yusof, Hero Sebenar Dalam dan Luar Filem

Sekianlah artikel KISAH YANG MENYAYAT HATI! Edika Yusof, Hero Sebenar Dalam dan Luar Filem kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KISAH YANG MENYAYAT HATI! Edika Yusof, Hero Sebenar Dalam dan Luar Filem dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kisah-yang-menyayat-hati-edika-yusof.html

Subscribe to receive free email updates: