link : 150 Kontraktor Johor Terbabit Projek Landasan Berkembar
150 Kontraktor Johor Terbabit Projek Landasan Berkembar
ISKANDAR PUTERI: Seramai 150 kontraktor Bumiputera berprestasi tinggi di Johor disenarai layak terbabit dengan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Hasni Mohammad berkata, senarai kontraktor Bumiputera berprestasi tinggi itu disyorkan Pusat Pembangunan Kontraktor Johor (JCCD).
Katanya, menerusi Program Pembangunan Kontraktor yang dilandaskan kepada suatu pelan induk dan dikelolakan JCCD, Johor layak mendapat pertimbangan khusus supaya pakej kerja untuk Bumiputera diutamakan pengagihannya kepada kontraktor negeri itu.
"Terdapat juga Perjanjian Program Kerjasama Industri (ICP) yang selari dengan Perjanjian Kontrak Utama yang akan ditandatangani Kementerian Pengangkutan dengan CRCC CREC CCC Consortium Sdn Bhd (Konsortium 3C).
"Johor sudah mengemukakan kepada Kementerian Pengangkutan beberapa elemen pembabitan entiti negeri ini untuk dimasukkan ke dalam Pelan ICP induk yang sedang dirumus Kementerian Kewangan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ismail Roslan (BN-Semerah) berhubung manfaat kontraktor tempatan dalam pembinaan landasan kereta api berkembar itu pada penggal persidangan kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-13 di sini, hari ini.
Hasni berkata, perjanjian ICP adalah satu lagi landasan pembabitan kepentingan Johor dan Bumiputera dalam projek berkenaan.
"JCCD turut meletakkan beberapa kriteria pemilihan kontraktor berprestasi tinggi Bumiputera antaranya ia mestilah syarikat Johor, berdaftar dan mendapat skor tiga bintang daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)," katanya. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel 150 Kontraktor Johor Terbabit Projek Landasan Berkembar
Sekianlah artikel 150 Kontraktor Johor Terbabit Projek Landasan Berkembar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 150 Kontraktor Johor Terbabit Projek Landasan Berkembar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/150-kontraktor-johor-terbabit-projek.html