2 Letupan Ragut 27 Nyawa

2 Letupan Ragut 27 Nyawa - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 2 Letupan Ragut 27 Nyawa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 2 Letupan Ragut 27 Nyawa
link : 2 Letupan Ragut 27 Nyawa

Baca juga


2 Letupan Ragut 27 Nyawa


BAGHDAD: Dua serangan bom menyebabkan sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dan mencederakan lebih 100 yang lain di ibu negara Iraq ini semalam.

Dalam satu serangan itu, seorang pengebom berani mati meletupkan kenderaan yang sarat berisi bahan letupan di sebuah kedai ais krim popular kira-kira tengah malam (5 pagi waktu Malaysia), menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan 75 cedera.

Serangan dilakukan beberapa hari selepas Ramadan bermula yang menyaksikan penduduk Iraq sering membeli-belah dan berlibur lewat malam selepas berpuasa siang hari.

Daish mengeluarkan kenyataan mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan itu dan berkata, pengebom itu warga Iraq yang menyasarkan masyarakat Syiah.

Gambar yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan kesan kemusnahan akibat letupan itu yang meranapkan kawasan sekitar kedai ais krim al-Faqma di daerah Karrada, tengah Baghdad.

Dalam serangan kedua pula, sebuah bom kereta meletup berhampiran satu daripada jambatan utama Baghdad pagi semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan mencederakan sekurang-kurangnya 35 orang.

Kedua-dua serangan itu berlaku ketika tentera Iraq berusaha menawan kawasan terakhir yang dikuasai Daish di Mosul, bandar yang pernah menjadi kubu kuat kumpulan itu.

Tentera Iraq melancarkan serangan untuk menawan semula bandar itu sejak tujuh bulan lalu dan sehingga ini berjaya menguasai keseluruhan timur dan sebahagian besar barat bandar itu.

Kejiranan di Bandar Lama Mosul - Al-Shifaa, Al-Saha dan Al-Zinjili - kini menjadi sasaran serangan besar-besaran askar, polis dan pasukan khas Iraq.-Agensi
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 2 Letupan Ragut 27 Nyawa

Sekianlah artikel 2 Letupan Ragut 27 Nyawa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 2 Letupan Ragut 27 Nyawa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/2-letupan-ragut-27-nyawa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :