2 Nelayan Dikhuatiri Lemas, Bot Dibadai Ribut

2 Nelayan Dikhuatiri Lemas, Bot Dibadai Ribut - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 2 Nelayan Dikhuatiri Lemas, Bot Dibadai Ribut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 2 Nelayan Dikhuatiri Lemas, Bot Dibadai Ribut
link : 2 Nelayan Dikhuatiri Lemas, Bot Dibadai Ribut

Baca juga


2 Nelayan Dikhuatiri Lemas, Bot Dibadai Ribut

JOHOR BAHRU – Dua nelayan dikhuatiri lemas setelah bot yang masing-masing dinaiki mereka terbalik dan karam akibat dipukul ribut kencang di perairan Rambah dan Pontian, dekat sini, semalam.

Pengarah Maritim Daerah Johor Bahru, Kapten Maritim Syed Nur Adli Ab Rahman berkata dalam dua kejadian berasingan kira-kira 11 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Muhammad Atif Hafifi Abd Manaf, 28, berasal dari Kampung Pesisir Pontian dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Amy berusia 20 tahun berasal dari Sabah.

Dalam kejadian pertama, katanya, Muhammad Atif dan rakannya baru sahaja selesai menangkap ikan apabila angin dan ribut kencang membadai bot mereka sehingga menyebabkan ia terbalik di kedudukan satu kilometer barat Sungai Rambah, Pontian.

Bagaimanapun, rakannya berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai manakala Muhammad Atif hilang, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, kejadian ribut kencang turut mengakibatkan sebuah lagi bot yang membawa empat kru termasuk Amy karam di kedudukan 1.8km barat Sg Pontian Kechil pada waktu yang hampir sama akibat dinaiki air laut.

Tiga yang lain sempat diselamatkan bot nelayan lain yang berada di kawasan terbabit manakala Amy masih dicari pasukan penyelamat,” katanya.

Syed Nur Adli berkata operasi mencari dan menyelamatkan mangsa telah diaktifkan sejurus menerima laporan dengan melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Polis Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan nelayan tempatan.

Pihak maritim menasihatkan orang ramai agar lebih peka dengan perubahan cuaca dengan merujuk kepada Jabatan Meteorologi Malaysia apabila turun ke laut selain, menggunakan jaket keselamatan untuk mengurangkan risiko kejadian tidak diinggi. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 2 Nelayan Dikhuatiri Lemas, Bot Dibadai Ribut

Sekianlah artikel 2 Nelayan Dikhuatiri Lemas, Bot Dibadai Ribut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 2 Nelayan Dikhuatiri Lemas, Bot Dibadai Ribut dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/2-nelayan-dikhuatiri-lemas-bot-dibadai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :