2,000 puas dihiburkan 10artis!

2,000 puas dihiburkan 10artis! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 2,000 puas dihiburkan 10artis!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 2,000 puas dihiburkan 10artis!
link : 2,000 puas dihiburkan 10artis!

Baca juga


2,000 puas dihiburkan 10artis!

MERIAH! Itulah yang boleh diungkap mengenai perjalanan Konsert The Stage: Media Hiburan yang berlangsung di perkarangan Universiti Industri Selangor (Unisel), kelmarin sempena Hari Terbuka Unisel 2017.

Walaupun berlangsung pada musim peperiksaan dan pertembungan dengan Piala FA, namun konsert malam itu yang dibawakan khas oleh akhbar Sinar Harian dengan kerjasama Unisel ini tetap hebat dan berjaya memukau lebih 2,000 penonton.

Lebih menarik, konsert yang dihoskan oleh Man Raja Lawak menampilkan 10 selebriti iaitu Faiz Dickie, 6ixth Sense, Ara AF, Shaa, Sabhi Saddi, Ismail Izzani, Zizi Kirana, Azren Albakri, Najwa Latiff dan Amy Search.

Lebih meriah, konsert turut dihadiri Presiden dan Naib Canselor Unisel, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dan Editor Tugas-Tugas Khas Sinar Harian, Lailatun Khalilah Nasir.

Celoteh Man Raja Lawak membuka tirai diikuti persembahan istimewa Faiz Dickie melalui karakter popularnya, Kak Leha Bunting membuatkan penonton tidak kering gusi.

Kumpulan 6ixth Sense pula dianggap sebagai ‘pemanas’ suasana dengan menyampai tiga lagu secara akustik iaitu Yang Sempurnakanku, Tanpa dan Tak Bisa Memilihmu yang katanya khas untuk semua penuntut Unisel.

Konsert diteruskan dengan persembahan Zizi Kirana dengan dua lagu, Rahsia Hati dan Rahsia diikuti Sabhi Saddi yang menyanyikan lagu Cakra Khan, Setelah Kau Tiada dan lagu berhantunya, Cinta Sesungguhnya.

“Khas untuk penuntut Unisel dan orang yang datang malam ini, terimalah cinta saya kepada anda,Cinta Sesungguhnya,” katanya sekali gus bikin peminat histeria.

Artis yang sedang sedang popular dengan lagu Warkah Untukku, Ara Akademi Fantasia (AF) juga tidak kurang hebatnya menyampaikan lagu itu selain Wany Hasnita yang tampil dengan lagu Menahan Rindu.

Media Hiburan turut memberi peluang kepada bakat baru yang juga artis naungan Mixology Music iaitu Azren Albakri, penuntut Fakulti Perniagaan, Unisel yang mempersembahkan single pertamanya, Jangan Kejutkan Aku dan Berat (Mark Adam).

“Hai, Assalammualaikum Unisel! Malam ni memang happening. Korang memang best la! Terima Kasih kerana datang open day Unisel dan saya sangat berbesar hati dapat buat persembahan malam ini,” jeritnya.

Persembahan terus hangat

Malam terus hangat dengan persembahan pendatang baru, Shaa.

Penyanyi kecil molek berasal dari Kedah ini menguji vokalnya menerusi lagu bernada tinggi, Putus Terpaksa (Ziana Zain) dan single terbarunya, Pertama Kali.

Selain itu, kehadiran Ismail Izzani menerusi lagu Sabar dan Terakhir menyebabkan beberapa peminat tidak senang duduk. Ada peminat yang mengalirkan air mata apabila dapat bertemu dengan Ismail yang lebih mesra dipanggil Mail. Walaupun masih baru, penyanyi berusia 17 tahun ini juga bijak berinteraksi dengan penonton selain berkesempatan menghadiahkan lagu Happy Birthday dan memberi ayat pick-up line istimewa buat penonton bertuah.

“Mail ingat Dayah pakai baju merah hari nih. Cinta kan buta,” katanya sambil tertawa.

Persembahan diteruskan dengan bintang kelahiran YouTube, Najwa Latiff menerusi tiga lagu popularnya, Satu Hari Nanti dan Sahabat selain mempromosikan lagu terbarunya, Kamu yang ditulis oleh kakaknya dan bakal siap Ramadan ini.

Terus merancakkan suasana, Zizi dan Shaa kembali ke pentas menyanyikan lagu dangdut popular, Perawan atau Janda  dan lebih meriah dengan gelagat beberapa penuntut yang berani tampil di pentas.

Aksi hebat Amy Search dengan vokal mantapnya menjadi penutup konsert malam itu.

Menepati ungkapan otai masih berbisa, vokalis Search itu beraksi penuh tenaga dengan tiga lagunya, Isabella, Kerja Gila dan Aku Dah Bosan.

“Apa-apa pun, saya nak ucapkan terima kasih kepada peminat generasi baru kerana tanpa korang, aku tak berada di atas pentas ni.

“Dah hampir 36 tahun dalam industri, umur pun dah 59 tahun, Alhamdulillah dikurniakan kesihatan dan energy yang baik,” katanya.

Konsert lebih dua jam yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar TV itu turut menawarkan hadiah istimewa kepada 12 penonton bertuah yang berjaya menjawab beberapa soalan mudah.

Editor Media Hiburan, Meen Tahrin turut menyampaikan penghargaannya kasih kepada Unisel atas kerjasama menjayakan konsert yang cukup gempak ini.

“Walaupun hanya dua minggu sahaja tempoh untuk menguruskan konsert ini, Alhamdulilah, kami warga Karangkraf berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan jayanya. Insya-ALLAH jika diberi peluang lagi, apa salahnya untuk kita buat yang lebih hebat dan jemput ramai lagi artis bagi memeriahkan,” katanya.

Selain konsert, acara lain yang turut diadakan pada program dua hari bermula 20 Mei itu ialah Anda Tanya, Ustaz Jawab bersama Ustaz Azhar Idrus, Wacana Sinar Harian, Pameran Fakulti dan Ceramah Pendidikan.

Antara objektif utamanya adalah untuk mendekatkan Unisel dengan masyarakat setempat secara santai.

The post 2,000 puas dihiburkan 10artis! appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 2,000 puas dihiburkan 10artis!

Sekianlah artikel 2,000 puas dihiburkan 10artis! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 2,000 puas dihiburkan 10artis! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/2000-puas-dihiburkan-10artis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :