link : 20,000 'Itik' Bantu Kanak-Kanak Pekak
20,000 'Itik' Bantu Kanak-Kanak Pekak
Acara Rock A Rock berjaya menunaikan impian murid-murid pekak untuk memiliki sebuah tempat menjalankan aktiviti sukan dan tapak perhimpunan berbumbung. (Gambar: Eiylla Syaharith)
Demi membantu kanak-kanak kurang pendengaran dari Sekolah Pendidikan Khas Persekutuan, Tanjung Bungah, Pulau Pinang, sejumlah 20,000 itik getah eksklusif berjaya dijual sempena program 'Rock-A-Duck' di Hotel Hard Rock Pulau Pinang (HRHPP), hari ini.
Segalanya untuk memiliki sebuah tempat menjalankan aktiviti sukan dan tapak perhimpunan berbumbung akhirnya menjadi kenyataan apabila RM50,000 berjaya disumbangkan orang ramai.
Pengurus Besar HRHPP, John Primmer berkata, perasaan prihatin tidak terhenti begitu sahaja kerana ia adalah menjadi tanggungjawab sosial.
"Program kebajikan 'Rock-A-Duck' telahpun diadakan pada November tahun lalu mendapat keputusan di luar jangkaan dan meraih kehadiran ramai yang memberi sokongan. Kejayaan murni dan kebajikan ini merupakan objektif utama pihak hotel untuk membantu dan merealisasikan impian murid-murid di sekolah berkenaan.
"Bagi mereka serba kekurangan dari segi fizikal bukan isu penting tetapi demi kasih sayang, tanda kasih dan sikap ambil berat menjadi keutamaan selain terharu sambutan yang diberikan melalui program ini cukup memberangsangkan daripada orang ramai.
"Sejumlah 20,000 unit patung getah itik eksklusif dijual dengan harga RM10 setiap satu untuk didermakan habis dibeli pengunjung. Paling istimewa 10,000 unit patung itik yang didermakan pengunjung dibuat melalui cabutan bertuah yang disediakan HHRPP yang menawarkan hadiah yang cukup menarik," katanya.
Hadir sama pada acara itu adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Persekutuan, A Rahman Md Yusof.
Primmer berkata, setiap sumbangan layak untuk memenangi hadiah istimewa berupa penginapan tiga hari dua malam termasuk tiket penerbangan ke Hotel Hard Rock Bali, Indonesia bagi hadiah utama.
"Turut disediakan penginapan tiga hari dua malam di Lagoon Deluxe dan Seaview Deluxe di HHRPP," katanya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel 20,000 'Itik' Bantu Kanak-Kanak Pekak
Anda sekarang membaca artikel 20,000 'Itik' Bantu Kanak-Kanak Pekak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/20000-itik-bantu-kanak-kanak-pekak.html