2,664 Pelajar Sertai Program Usahawan U2Desa

2,664 Pelajar Sertai Program Usahawan U2Desa - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 2,664 Pelajar Sertai Program Usahawan U2Desa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 2,664 Pelajar Sertai Program Usahawan U2Desa
link : 2,664 Pelajar Sertai Program Usahawan U2Desa

Baca juga


2,664 Pelajar Sertai Program Usahawan U2Desa


KUALA LUMPUR: Seramai 2,664 pelajar dari Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bakal menyertai program Usahawan Belia Pengajian Tinggi Balik Kampung (U2Desa) anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata program julung kali itu bertujuan membangunkan ekonomi luar bandar dan mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan itu.

Selain itu katanya, menerusi program itu juga diharap dapat mengatasi masalah penghijrahan belia luar bandar ke bandar.

"Ketika ini, kawasan luar bandar mewakili 75 peratus keluasan Malaysia, tetapi jumlah penduduk di kawasan berkenaan hanyalah 25 peratus. Jika trend ini berterusan, mungkin ia akan berkurang sehingga 20 peratus menjelang tahun 2020.

"Kerana itu, kita di KKLW cuba mengatasi masalah ini dan salah satu caranya ialah dengan penganjuran program U2Desa, selain sudah melaksanakan program Lestari Desa dan Cabaran Keusahawanan Luar Bandar (RBC)," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran program U2Desa di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaya di sini, sebentar tadi. Turut hadir timbalannya, Datuk Alexander Nanta Linggi dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Ismail Sabri berkata, semua peserta program U2Desa akan dibahagikan kepada 400 kumpulan dan perlu menjalankan kajian pemprofilan di 400 kampung sebelum menghasilkan rancangan perniagaan masing-masing.

"Kumpulan pelajar dengan rancangan perniagaan yang terpilih akan melaksanakan projek ekonomi bersama-sama koperasi kampung dan diberi modal permulaan sebanyak RM10,000.

"Pelajar juga perlu mencapai dua petunjuk prestasi utama (KPI) iaitu mewujudkan dua peluang pekerjaan baharu di setiap kampung serta meningkatkan pendapatan koperasi kampung sebanyak lima peratus selepas setahun menjalankan aktiviti perniagaan," katanya.

Beliau menjelaskan, kementerian juga akan meluaskan lagi program itu ke universiti lain pada tahun depan.

"UM dan UniKL dipilih sebagai perintis program ini kerana kedua-duanya mempunyai program keusahawanan untuk pelajar di universiti masing-masing," katanya. BHOnline
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 2,664 Pelajar Sertai Program Usahawan U2Desa

Sekianlah artikel 2,664 Pelajar Sertai Program Usahawan U2Desa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 2,664 Pelajar Sertai Program Usahawan U2Desa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/2664-pelajar-sertai-program-usahawan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :