3 Exco PAS letak jawatan jika diarah Sultan

3 Exco PAS letak jawatan jika diarah Sultan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 3 Exco PAS letak jawatan jika diarah Sultan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 3 Exco PAS letak jawatan jika diarah Sultan
link : 3 Exco PAS letak jawatan jika diarah Sultan

Baca juga


3 Exco PAS letak jawatan jika diarah Sultan

Foto: BNBBC News
Tiga Exco PAS Selangor tidak akan meletak jawatan, selagi tiada arahan mengkehendakkannya daripada Sultan Selangor.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan pendirian PAS itu adalah kerana pelantikan Exco dibuat atas perkenan Sultan sebagai pemerintah tertinggi di negeri itu.

“Itu jelas menyatakan bahawa seseorang ahli Exco memegang jawatan atas perkenan Sultan. Selagi Sultan memperkenankan ahli Exco memegang jawatan kita kekal di situ.

“Hanya Sultan sahaja yang boleh arah perletakan jawatan walaupun kalau ada cadangan Menteri Besar,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Gagasan Sejahtera, hari ini.

Sebelum ini kecoh di semua media, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu tiga exco berkenaan iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidi Abdul Talib meletak jawatan.

Meskipun begitu ia tetap dinafikan oleh exco berkenaan dan isu ini menjadi semakin panas susulan keputusan PAS menamatkan kerjasama politik dengan PKR.

Manakala Setiausaha Agong PKR Datuk Saifuddin Nasution, ‘memanaskan’ lagi keadaan apabila berkata nasib tiga exco itu akan dibincang pada mesyuarat Biro Politik parti esok.

Beliau sebelum in mendesak tiga exco PAS itu berundur kerana parti itu nyata tidak mahu bersama lagi dengan PKR. - BNBBC News
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 3 Exco PAS letak jawatan jika diarah Sultan

Sekianlah artikel 3 Exco PAS letak jawatan jika diarah Sultan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 3 Exco PAS letak jawatan jika diarah Sultan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/3-exco-pas-letak-jawatan-jika-diarah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :