link : 5 Ditahan Kes Belasah Suspek Cabul Hingga Maut
5 Ditahan Kes Belasah Suspek Cabul Hingga Maut
ALOR SETAR: Polis menahan lima individu, termasuk seorang wanita berhubung kes pukul suspek cabul berusia 31 tahun hingga maut.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata semua yang ditahan berusia lingkungan 20-an ditahan di sekitar bandar raya ini, petang semalam.
"Suspek yang didakwa mencabul itu disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) jam 12.30 tengah hari tadi.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mereka direman hari ini untuk membantu siasatan," katanya.
Mohd Rozi berkata, tangkapan dilakukan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Beliau berkata, pihaknya masih mengesan beberapa individu yang disyaki terbabit dalam kes iitu dan mereka diminta tampil menyerah diri.
Dalam kejadian 4 petang Ahad lalu, seorang lelaki yang berasal dari Yan didakwa cuba memeluk mangsa yang berusia 21 tahun di dalam tandas dari arah depan sebelum menekup mulut mangsa.
Rentetan itu, berlaku pergelutan hampir 10 minit sebelum mangsa dapat meloloskan diri dan meminta bantuan awam, yang kemudian membelasah lelaki terbabit. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel 5 Ditahan Kes Belasah Suspek Cabul Hingga Maut
Sekianlah artikel 5 Ditahan Kes Belasah Suspek Cabul Hingga Maut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 5 Ditahan Kes Belasah Suspek Cabul Hingga Maut dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/5-ditahan-kes-belasah-suspek-cabul.html