link : 5 Penunjuk Perasaan Maut Ditembak Polis Bahrain
5 Penunjuk Perasaan Maut Ditembak Polis Bahrain
DUBAI: Sekurang-kurangnya lima maut selepas polis melepaskan tembakan ke arah pengikut ulama terkenal, yang membuat bantahan di sebuah kawasan perkampungan Syiah.
Kementerian Dalam Negeri dalam mesej yang dimuat naik menerusi Twitter mengesahkan lima yang terbunuh dalam kejadian di Diraz, Manama, iaitu ibu negara Bahrain adalah penjenayah.
Insiden itu berlaku selepas polis melepaskan tembakan untuk menyuraikan penunjuk perasaan di luar kediaman ulama, Isa Qassim.
Salah seorang saksi memberitahu AFP, pergolakan terbaharu di negara Asia Barat itu turut mencederakan beberapa orang awam ketika polis bertindak ke arah penunjuk perasaan yang melemparkan batu dan bom api ke arah pasukan keselamatan.
"Sejumlah 286 orang ditahan, termasuk banduan yang melarikan diri dari penjara Jau.
"Yang turut ditahan, beberapa pengikut Isa Qassim yang kebanyakannya bersembunyi di dalam rumah ulama itu," kata kementerian.
Isa dianggap sebagai pemimpin agama tertinggi dalam kalangan majoriti masyarakat Syiah di Bahrain. AFP
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel 5 Penunjuk Perasaan Maut Ditembak Polis Bahrain
Sekianlah artikel 5 Penunjuk Perasaan Maut Ditembak Polis Bahrain kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 5 Penunjuk Perasaan Maut Ditembak Polis Bahrain dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/5-penunjuk-perasaan-maut-ditembak-polis.html