500 Orang Terkaya Dunia Rugi AS$35 Bilion

500 Orang Terkaya Dunia Rugi AS$35 Bilion - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 500 Orang Terkaya Dunia Rugi AS$35 Bilion, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 500 Orang Terkaya Dunia Rugi AS$35 Bilion
link : 500 Orang Terkaya Dunia Rugi AS$35 Bilion

Baca juga


500 Orang Terkaya Dunia Rugi AS$35 Bilion


KUALA LUMPUR: 500 orang terkaya di dunia rugi AS$35 bilion (RM151.46 bilion) semalam, apabila pasaran saham global mengalami kejutan susulan kecelaruan politik di Amerika Syarikat (AS), demikian menurut Bloomberg Billionaires Index.

Bill Gates, orang terkaya dunia dengan aset bernilai AS$86.8 bilion (RM375.63 bilion), kerugian AS$1 bilion (RM4.33 bilion) berikutan saham Microsoft Corp, jatuh sebanyak 2.8 peratus.

Pengasas bersama Amazon.com Inc, Jeff Bezos, yang mengambil alih kedudukan orang terkaya daripada Gates awal minggu ini, jatuh ke tangga ke tiga selepas kerugian AS$1.7 bilion (RM7.36 bilion) berikutan nilai sahamnya susut 2.2 peratus.

Bilionair Sepanyol, Amancio Ortega, pula kerugian AS$355 juta (RM1.536 bilion) untuk berada di tangga kedua dengan aset bernilai AS$83.2 bilion (RM360.05 bilion).

Indeks saham global merudum susulan persekitaran kecelaruan politik yang menyelubungi Rumah Putih, yang mana hubungan mengaitkan Presiden Donald Trump dengan Russia dan pemberhentian Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) James Comey, sedang dipantau rapi.

Menurut Bloomberg, saham AS mencatat kejatuhan terbesar sejak September, diterajui Nasdaq Composite yang susut 2.6 peratus. MSCI All-Country World Index susut 1.2 peratus, dan saham berkaitan bank mencatat prestasi terburuk.

Pengasas Facebook Inc, Mark Zuckerberg, menerima kesan terbesar daripada persekitaran kecelaruan politik itu, rugi AS$2 bilion (RM8.65 bilion) apabila gergasi media sosial itu menguncup sebanyak 3.3 peratus.

Zuckerberg adalah orang kelima terkaya di dunia dengan aset bernilai AS$62.3 bilion (RM269.60 bilion), demikian menurut indeks itu. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 500 Orang Terkaya Dunia Rugi AS$35 Bilion

Sekianlah artikel 500 Orang Terkaya Dunia Rugi AS$35 Bilion kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 500 Orang Terkaya Dunia Rugi AS$35 Bilion dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/500-orang-terkaya-dunia-rugi-as35-bilion.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :