link : 50,000 penduduk Jerman dipindah sebab bom
50,000 penduduk Jerman dipindah sebab bom
BERLIN: Polis Jerman memindahkan kira-kira 50,000 penduduk dari Hanover, utara Jerman dalam satu operasi pasca perang terbesar untuk mematikan beberapa bom era Perang Dunia Kedua.
Penduduk di kawasan padat bandar itu diarah berpindah untuk operasi itu hari ini yang dirancang sejak pertengahan bulan lalu bagi mengeluarkan lima bom yang ditemui belum meletup, baru-baru ini.
Tujuh rumah persaraan dan penjagaan terjejas serta beberapa laluan kereta api menerusi bandar itu tergendala untuk operasi terbabit.
Ia dijangka berlangsung sehari suntuk. Beberapa agensi pihak berkuasa menganjurkan acara sukan, kebudayaan dan riadah termasuk lawatan muzium serta tayangan filem untuk memenuhi masa penduduk terjejas akibat pemindahan itu.
Selepas lebih 70 tahun perang tamat, bom tidak meletup sering ditemui di Jerman kesan legasi kempen pengeboman agresif perikatan Bersekutu menentang Nazi Jerman. - AFP
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel 50,000 penduduk Jerman dipindah sebab bom
Sekianlah artikel 50,000 penduduk Jerman dipindah sebab bom kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 50,000 penduduk Jerman dipindah sebab bom dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/50000-penduduk-jerman-dipindah-sebab-bom.html