6 Jahanam Berparang ‘Serbu’ Pelanggan Sedang Makan

6 Jahanam Berparang ‘Serbu’ Pelanggan Sedang Makan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 6 Jahanam Berparang ‘Serbu’ Pelanggan Sedang Makan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 6 Jahanam Berparang ‘Serbu’ Pelanggan Sedang Makan
link : 6 Jahanam Berparang ‘Serbu’ Pelanggan Sedang Makan

Baca juga


6 Jahanam Berparang ‘Serbu’ Pelanggan Sedang Makan


AMPANG – Sekumpulan pelanggan berdepan detik cemas apabila ‘diserbu’ sekumpulan penjenayah ketika menikmati makanan di sebuah restoran di Taman Melawati di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, enam lelaki yang bersenjatakan parang dan memakai topi keledar penutup penuh tiba-tiba memasuki kedai dan dengan selamba ‘mengutip’ beg tangan pelanggan.

Kejadian tersebut menjadi tular di media sosial dengan sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jelas memaparkan keadaan insiden tersebut.

Berdasarkan rakaman CCTV, ketika kejadian kedai itu hampir penuh dan pelanggan sedang menikmati makanan masing-masing.

Penjenayah terbabit meluru masuk ke restoran dengan dua daripada mereka mengacukan parang ke arah pelanggan sebelum merampas beg pelanggan.

Kejadian yang berlaku kurang dari satu minit itu menyebabkan semua pelanggan tidak berani berbuat apa-apa kerana bimbang keselamatan diri dan hanya membiarkan barangan mereka diambil sebelum semua suspek melarikan diri.

Difahamkan, penjenayah turut membawa lari wang dalam mesin tunai restoran berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, polis menerima panggilan kira-kira jam 9.30 malam daripada pemilik restoran memaklumkan premisnya disamun enam lelaki bersenjatakan parang.

Menurutnya, suspek terdiri daripada enam lelaki datang ke premis itu menunggang tiga buah motosikal jenis Yamaha LC serta membawa bersama parang.

“Mereka meluru masuk dan mengacukan parang ke arah pelanggan dan pekerja terdiri daripada tiga lelaki dan lima wanita.

“Suspek mengarahkan mangsa menyerahkan barang berharga serta mengambil wang tunai dari peti tunai restoran berkenaan sebelum melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, kejadian itu mengakibatkan pelanggan dan pihak restoran kerugian RM29,745 selepas barangan berharga serta wang hasil jualan dilarikan penjenayah.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata. – MYNEWSHUB.CC

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 6 Jahanam Berparang ‘Serbu’ Pelanggan Sedang Makan

Sekianlah artikel 6 Jahanam Berparang ‘Serbu’ Pelanggan Sedang Makan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 6 Jahanam Berparang ‘Serbu’ Pelanggan Sedang Makan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/6-jahanam-berparang-serbu-pelanggan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :