6,000 Peminat Terhibur di Konsert I.Seoul.U in KL 2017

6,000 Peminat Terhibur di Konsert I.Seoul.U in KL 2017 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 6,000 Peminat Terhibur di Konsert I.Seoul.U in KL 2017, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 6,000 Peminat Terhibur di Konsert I.Seoul.U in KL 2017
link : 6,000 Peminat Terhibur di Konsert I.Seoul.U in KL 2017

Baca juga


6,000 Peminat Terhibur di Konsert I.Seoul.U in KL 2017

Kira-kira 6,000 peminat muzik KPop di Malaysia membanjiri Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) malam tadi bagi menyaksikan konsert julung kalinya, ‘I. Seoul.U in Kuala Lumpur 2017’.

Selain berhibur, konsert yang menampilkan tiga bintang Hallyu terkenal iaitu kumpulan Red Velvet, kumpulan NCT127 dan anggota Super Junior, Yesung ini diadakan sempena mempromosikan bukan sahaja tempat-tempat tarikan di Seoul yang merupakan bandar terbesar di Korea Selatan malah menguar-uarkan kepada peminat tentang budaya, tradisi masyarakat serta makanan istimewa ‘negara kimchi’ itu.

Jam 7.30 malam, Red Velvet membuka tirai konsert dengan persembahan penuh bertenaga. Kumpulan yang dianggotai lima gadis cantik ini, Joy, Seulgi, Wendy, Yeri dan Irene mendendangkan lagu hits mereka antaranya, Dumb Dumb, Little Little, Russion Roulette dan Rookie.

..

“Hi semua! Kami datang ke sini sebulan yang lalu, tetapi ketika itu Joy tidak dapat bersama kami. Kali ini seperti yang kami janji, Red Velvet kembali semula ke Malaysia bersama Joy”, kata Wendy sambil disambut sorakan peminat.

Dalam pada itu, Yeri sempat mencadangkan kepada penonton salah satu tempat menarik untuk dilawati jika berkunjung ke Seoul iaitu Gyeongbokgung Palace. Katanya, selain melihat keindahan senibina istana ini, peminat berpeluang mempelajari tentang budaya dan tradisi juga mencuba pakaian tradisional.

“Kalau anda semua ke Seoul nanti, jangan lupa singgah Seoullo 7017. Walaupun saya sendiri belum berkesempatan berkunjung ke sana tetapi apa yang saya boleh beritahu, ia sebuah kawasan tarikan yang sangat cantik,” kata Joy pula sebelum dia dan teman-temannya menyambung persembahan mereka dengan dua lagi lagu, Russian Roulette dan Rookie.

..

Kemudian, suasana konsert tambah rancak dengan kemunculan sembilan ank muda kegilaan ramai yang menggelarkan diri mereka NCT127. Pertama kali bertemu dengan peminat di sini, NCT127 berjaya mempamer persembahan yang memukau dengan aksi tarian energetik mereka menerusi lagu seperti Fire Truck, Once Again, Good Thing dan Limitless.

Seperti mana Red Velvet, sebelum meninggalkan pentas, kumpulan yang danggotai Taeil, Johnny, Taeyong, Yuta, Doyoung, Jaehyun, Winwin, Mark dan Haechan ini sempat mencadangkan kepada peminat dua lokasi menarik untuk dikunjungi iaitu Hangang River dan Itaewon

Seterusnya, kehangatan konsert diteruskan dengan persembahan penyanyi juga pelakon, Yesung. Pemuda berusia 32 tahu ini membuai penonton dengan vokal lunaknya menyanyikan lagu berentak balada dan pop seperti Here I Am dan Paper Umbrella. Fly dan Only You.

Meskipun pelakon drama The Voice ini hadir secara solo namun sekurang-kurangnya mengubat sedikit kerinduan peminat terhadap kumpulan Super Junior.

..

“Selamat malam semua! Sudah lama kita tidak berjumpa. Saya gembira dapat kembali ke sini. Malam ini saya dapat lihat banyak “Pearl Sapphire Blue” (warna rasmi Super Junior). Saya rasa sangat gembira.

“Kalau anda semua ke Seoul, jangan lupa kunjungi tempat menarik seperti Seoul City Tower, Bamdokkaebi Night Market, Naksan Park, Namsan, Universiti Hangkuk dan Universiti Hongik. Di lokasi-lokasi ini anda boleh mempelajari tentang budaya, mencuba makanan yang enak-enak serta menikmati permandangan yang cantik,” katanya

Dalam pada itu, Yesung sembang berkongsi mengenai perkembangan Super Junior.

“Anggota yang lain baik-baik saja. Seperti yang kamu semua tahu, Kyuhyun baru saja memulakan latihan ketenteraannya,” ujar Yesung sejurus itu kedengaran peminat memberi respon dengan nada kecewa.

“Tetapi berita baiknya adalah, Eunhyuk, Siwon dan Donghae akan tamat menjalani latihan ketenteraan dan mereka pulang tidak lama lagi,” sejurus itu suasana gamat dengan penonton.

“Super Junior akan membuat kemunculan semula nanti dan saya berjanji kami akan kembali ke sini,” katanya sebelum menyambung persembahan mendendangkan lagu Fly dan Only You.

Konsert anjuran Hi Seoul ini berakhir pada jam 9.05 malam. Turut hadir tetamu VVIP, Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Darul Makmur Sultanah Hajah Kalsom Abdullah D.K bersama anakandanya, Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Abdul Fahd Al Muazzam Shah.

Terdahulu, konsert yang bermula seawal jam 7 malam ini menyaksikan persembahan pembuka oleh artis terkenal tanah air, De Fam yang mendedangkan lagu Supergirl dan De Fam serta penyanyi Hip Hop, Altimet yang menyanyikan dua lagu, Amboi dan Kotaraya Ku.

The post 6,000 Peminat Terhibur di Konsert I.Seoul.U in KL 2017 appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 6,000 Peminat Terhibur di Konsert I.Seoul.U in KL 2017

Sekianlah artikel 6,000 Peminat Terhibur di Konsert I.Seoul.U in KL 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 6,000 Peminat Terhibur di Konsert I.Seoul.U in KL 2017 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/6000-peminat-terhibur-di-konsert.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :