link : 7 Lelaki Curi 100 Motosikal Ditahan
7 Lelaki Curi 100 Motosikal Ditahan
GEORGETOWN: Tujuh lelaki ditahan polis di tiga lokasi berasingan minggu lalu, selepas mereka disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri pelbagai jenis motosikal sejak tiga tahun lalu.
Dalam operasi khas itu, semua suspek berusia antara 19 hingga 23 tahun ditahan di sekitar Perai, Tasek Gelugor dan Butterworth pada Khamis dan Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata suspek turut membawa polis ke sungai di Tasek Gelugor dan Butterworth yang dijadikan tempat membuang rangka motosikal curi.
Berikutan itu polis menghantar pasukan penyelam di kawasan sungai di Tasek Gelugor dan menemui 53 rangka motor, manakala selaman di Butterworth menemui 47 rangka lagi.
"Semua suspek dipercayai terbabit dalam kegiatan mencuri motosikal sekitar daerah ini sejak tiga tahun lalu dan siasatan lanjut ke atas mereka masih dilakukan," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini.
Semua suspek ditahan reman mengikut Seksyen 379A dan 411 Kanun Keseksaan. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel 7 Lelaki Curi 100 Motosikal Ditahan
Sekianlah artikel 7 Lelaki Curi 100 Motosikal Ditahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 7 Lelaki Curi 100 Motosikal Ditahan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/7-lelaki-curi-100-motosikal-ditahan.html