link : Admin WhatsApp Perlu Ada Tanggungjawab
Admin WhatsApp Perlu Ada Tanggungjawab
KUALA LUMPUR: Jika anda admin (pentadbir) kumpulan WhatsApp, anda perlu tahu apa yang dibolehkan dan apa yang dilarang, terutama berita yang disebarkan ahli kumpulan bagi mengelak anda dikenakan tindakan.
Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab, berkata admin perlu bertegas menghalang penyebaran berita palsu melalui WhatsApp.
Menurutnya, admin hanya akan didakwa jika siasatan mendapati beliau bersubahat atau gagal menyekat penyebaran berita palsu oleh ahli kumpulan.
“Tindakan undang-undang ini dibuat bukan sekadar untuk membendung ancaman jenayah siber, juga untuk membentuk tanggungjawab dalam kalangan admin dan ahli kumpulan bagi memastikan penularan berita palsu dikawal,” katanya.
Tambah Amirudin, admin mempunyai kuasa untuk menyekat penularan berita palsu.
“Jika undang-undang ini tidak dilaksanakan, perkara ini (berita palsu) akan berlarutan. Maka, admin perlu ada rasa tanggungjawab kerana mereka yang mempunyai kuasa menghalang dan mengawal penyebaran berita palsu ahli kumpulan mereka,” katanya.
Ahli kumpulan juga perlu memainkan peranan membantu admin menghentikan penyebaran berita palsu.
Menurut Amirudin, orang ramai boleh melayari laman web sebenarnya.my untuk memeriksa kesahihan sesuatu berita.
“Laman web ini usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Media Malaysia (SKMM) memastikan penularan berita palsu dibendung. Malah pengguna juga boleh membuat laporan di laman web ini jika menerima berita palsu daripada pihak lain,” katanya.
Amirudin berkata, admin dan ahli kumpulan yang bersubahat menyebarkan berita palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh didenda RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Harian Metro
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Admin WhatsApp Perlu Ada Tanggungjawab
Sekianlah artikel Admin WhatsApp Perlu Ada Tanggungjawab kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Admin WhatsApp Perlu Ada Tanggungjawab dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/admin-whatsapp-perlu-ada-tanggungjawab.html