link : AirAsia Tidak Tawar Tiket Penerbangan Percuma
AirAsia Tidak Tawar Tiket Penerbangan Percuma
KUALA LUMPUR – Dua posting mengenai tawaran tiket penerbangan percuma oleh AirAsia yang tular di media sosial adalah satu skim penipuan.
Dalam kenyataannya, AirAsia berkata, posting yang menggunakan jenama syarikat itu telah digunakan tanpa kebenaran, untuk menarik orang ramai menyertai skim itu.
Lantaran itu, syarikat penerbangan berkenaan meminta orang ramai tidak klik pada mana-mana pautan atau memberi maklumat peribadi.
“AirAsia tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa tuntutan yang berkaitan dengan skim palsu.
“Semua pengumuman rasmi dibuat melalui saluran rasmi AirAsia dan media massa yang boleh dipercayai,” katanya di sini.
AirAsia mengulas mengenai dua posting tawaran tiket penerbangan percuma melalui satu tinjauan atas talian melalui http://ift.tt/2qyiRDr.
Pautan itu meminta peserta menjawab soalan untuk menebus baucar.
Satu lagi skim di Facebook yang menawarkan 268 tiket percuma AirAsia sempena sambutan 28 tahun penubuhannya.
AirAsia berkata, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang yang menganjurkan skim yang menggunakan jenamanya. – MalaysiaGazette
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel AirAsia Tidak Tawar Tiket Penerbangan Percuma
Sekianlah artikel AirAsia Tidak Tawar Tiket Penerbangan Percuma kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel AirAsia Tidak Tawar Tiket Penerbangan Percuma dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/airasia-tidak-tawar-tiket-penerbangan.html