AKSEM Rampas 18,700 Kilogram Minyak Masak Seludup

AKSEM Rampas 18,700 Kilogram Minyak Masak Seludup - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AKSEM Rampas 18,700 Kilogram Minyak Masak Seludup, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AKSEM Rampas 18,700 Kilogram Minyak Masak Seludup
link : AKSEM Rampas 18,700 Kilogram Minyak Masak Seludup

Baca juga


AKSEM Rampas 18,700 Kilogram Minyak Masak Seludup

PADANG BESAR – Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) Perlis mematahkan cubaan menyeludup 18,700 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi setelah menahan dua lori dan empat lelaki dalam satu sekatan jalan di sini, pagi ini.

Komandernya, DSP Syed Basri Syed Ali berkata minyak masak peket 1kg pelbagai jenama itu dipercayai dibawa dari Kuala Lumpur untuk diseludup ke negara jiran yang berharga RM3.80 satu kg berbanding RM2.50 di pasaran tempatan.

Beliau memberitahu pemberita hari ini, anggota AKSEM Chuping menahan serentak dua lori tersebut, masing-masing dipandu seorang lelaki dan dibantu seorang kelindan di sekatan AKSEM KM24 Jalan Ulu Pauh-Padang Besar pukul 7.30 pagi ini.

“Pemeriksaan yang dibuat mendapati kedua-dua pemandu lori terbabit tidak dapat mengemukakan dokumen untuk membawa komoditi tersebut dalam kuantiti banyak malah resit yang ditunjukkan meragukan.

Minyak tersebut yang bernilai RM46,750 dan dua lori bernilai kira-kria RM110,000 dibawa balik ke Kem AKSEM Chuping untuk tindakan lanjut bagi menyerahkan kes itu kepada Pejabat Pengkuatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Perlis,” kata Syed Basri.

Beliau berkata keempat-empat lelaki tersebut berumur 24 tahun hingga 39 tahun adalah berasal dari Perlis dan Kedah dan mereka juga dibawa ke Kem AKSEM Chuping untuk tindakan lanjut,

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) akta sama iaitu jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, katanya. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel AKSEM Rampas 18,700 Kilogram Minyak Masak Seludup

Sekianlah artikel AKSEM Rampas 18,700 Kilogram Minyak Masak Seludup kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AKSEM Rampas 18,700 Kilogram Minyak Masak Seludup dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/aksem-rampas-18700-kilogram-minyak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :