Ambil peluang kemelut politik di Selangor untuk kembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN -TPM

Ambil peluang kemelut politik di Selangor untuk kembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN -TPM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ambil peluang kemelut politik di Selangor untuk kembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN -TPM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ambil peluang kemelut politik di Selangor untuk kembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN -TPM
link : Ambil peluang kemelut politik di Selangor untuk kembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN -TPM

Baca juga


Ambil peluang kemelut politik di Selangor untuk kembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN -TPM

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) perlu mengambil peluang daripada kemelut politik yang berlaku di Selangor ketika ini bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat Selangor terhadap parti itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata penerimaan rakyat Selangor terhadap BN akan memudahkan usaha parti itu untuk merampas kembali Selangor daripada pembangkang.

"Kita mahu BN bangkit semula daripada situasi politik sebelum ini yang telah menyebabkan terlepasnya kuasa yang pernah dipegang BN di Selangor.

Ia perlu dilakukan dengan usaha yang berterusan dan diperkukuhkan supaya rakyat punyai kebolehpercayaan yang tinggi semula kepada BN dan UMNO di Selangor," katanya dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar dan Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika mengulas ketetapan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam mesyuarat khas semalam, yang memutuskan tiga exco negeri Selangor kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri walaupun hubungan tahaluf siyasi dengan PKR telah ditamatkan serta merta pada 11 Mei lepas.

Perkara tersebut diumumkan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan seorang Exco selain Menteri Besar hendaklah memegang jawatan selama yang diperkenan Sultan Selangor mengikut Perkara 53 Fasal 7 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Tiga exco PAS itu adalah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi) serta Zaidy Abdul Talib (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan pada Selasa lepas berkata, kedudukan PAS dalam kerajaan negeri Selangor akan diputuskan pimpinan PKR selepas Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali pulang dari lawatan rasmi ke luar negara.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden parti itu berkata BN menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan kuasa di bawah Sultan Selangor.

Beliau berkata BN juga tidak berhasrat untuk menganalisis situasi terkini di Selangor tetapi lebih berminat untuk memastikan jentera BN dimantapkan rentetan perkembangan terbaru itu.

"Kita perlu lihat usaha Noh (Pengerusi BN Selangor) dan rakan pemimpin lain di peringkat bahagian untuk lakukan usaha berterusan bagi merampas semula negeri ini. Saya sendiri akan selalu turun ke Selangor bagi memastikan bahawa ekosistem yang telah berubah ini harus dimantapkan oleh jentera (BN) yang ada," katanya.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Ambil peluang kemelut politik di Selangor untuk kembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN -TPM

Sekianlah artikel Ambil peluang kemelut politik di Selangor untuk kembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN -TPM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ambil peluang kemelut politik di Selangor untuk kembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN -TPM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/ambil-peluang-kemelut-politik-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :