Anak Osama Mahu Balas Dendam

Anak Osama Mahu Balas Dendam - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anak Osama Mahu Balas Dendam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak Osama Mahu Balas Dendam
link : Anak Osama Mahu Balas Dendam

Baca juga


Anak Osama Mahu Balas Dendam

Anak lelaki Osama bin Laden, dilapor mahu membalas dendam atas kematian bapanya yang mati dibunuh dalam satu serbuan tentera Amerika Syarikat (AS) pada 2011.

KABUL: Anak lelaki Osama bin Laden, dilapor mahu membalas dendam atas kematian bapanya yang mati dibunuh dalam satu serbuan tentera Amerika Syarikat (AS) pada 2011.
Menerusi sepucuk surat yang ditemukan selepas serbuan di Pakistan, Hamza bin Osama yang kini berusia 28 tahun, mengancam untuk menyerang rakyat AS atas kematian bapanya yang merupakan pengganas nombor satu paling dikehendaki.
"Rakyat Amerika, kami akan datang dan anda akan merasainya.
"Kami akan membalas dendam atas perbuatan anda terhadap bapa saya (Osama), Iraq dan Afghanistan," tulis Hamza dalam surat tersebut.
Surat itu yang ditemukan di kubu kuat Osama, lokasi yang sama pengganas tersebut dibunuh oleh tentera AS.
"Setiap pandangan, setiap senyuman, setiap kata-kata kamu (Osama) kepada saya, memberi kekuatan dalam diri ini," kata surat itu lagi seperti dilaporkan portal Mirror.
Penemuan surat itu didedahkan oleh bekas ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Ali Soufan yang muncul dalam program 60 Minutes baru-baru ini.
"Surat itu tentang misi membalas dendam," katanya.
Ali merupakan ketua penyiasat FBI berhubung kegiatan militan Al Qaeda selepas tragedi 11 September 2011.
Menurut beliau, Osama telah merancang untuk memberi kuasa kepada Hamza mengawal kumpulan pengganas itu sejak kecil lagi dan anaknya itu sering muncul dalam video propaganda.
"Hamza ibarat model kanak-kanak kepada Al Qaeda dan sangat penting kepada ahli kumpulan tersebut.
"Hamza juga sering menggunakan terminologi dan ayat yang digunakan oleh ayahnya, Osama," kata Ali.
Pada 2015, Al Qaeda menyiarkan rakaman suara Hamza yang menggesa serangan di London, Washington dan Paris.
Dia turut merakamkan empat mesej berbaur ancaman dalam tempoh dua tahun lalu.-mStar Online
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Anak Osama Mahu Balas Dendam

Sekianlah artikel Anak Osama Mahu Balas Dendam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anak Osama Mahu Balas Dendam dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/anak-osama-mahu-balas-dendam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :