link : Anggota Polis Maut, Isteri Parah
Anggota Polis Maut, Isteri Parah
Seorang anggota polis berpangkat koperal maut manakala isterinya parah selepas motosikal mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Serting Tengah-Bandar Seri Jempol
Jempol – Seorang anggota polis berpangkat koperal maut manakala isterinya parah selepas motosikal mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Serting Tengah-Bandar Seri Jempol dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian pukul 8 malam itu, mangsa, Hanafi Mohamed, 50, dan isteri, Mazlyana Yassin, 40, dilanggar sebuah kereta Toyota Vios dari arah bertentangan.
Ketua Polis daerah, Superintenden Noorzainy Mohd. Noor berkata, kemalangan berlaku ketika pasangan itu dalam perjalanan dari Kampung Serting Tengah menuju ke rumah mereka di berek Pondok Polis Mahsan.
“Anggota polis tersebut maut di tempat kejadian manakala isterinya yang cedera parah telah dihantar ke Hospital Jempol. Pemandu dan penumpang kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.
Katanya, jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Baru Ayer Hitam di sini tengah hari ini.
Allahyarham yang merupakan Ketua Pondok Polis Mahsan meninggalkan lima orang anak berusia 12 hingga 23 tahun. – Utusan
Demikianlah Artikel Anggota Polis Maut, Isteri Parah
Sekianlah artikel Anggota Polis Maut, Isteri Parah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anggota Polis Maut, Isteri Parah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/anggota-polis-maut-isteri-parah.html