link : Angkara Nafsu Amarah
Angkara Nafsu Amarah
Seorang jurujual dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini terhadap tuduhan merogol seorang remaja perempuan, Jun tahun lalu.
Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Muhammad Faris Aiman Amran, 18, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 30 Jun 2016.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 19 tahun sembilan bulan di sebuah rumah di Bukit Marak, Bachok pada jam 4.20 petang, 27 Jun 2016.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.-myMetro
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Angkara Nafsu Amarah
Sekianlah artikel Angkara Nafsu Amarah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Angkara Nafsu Amarah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/angkara-nafsu-amarah.html