Annuar tuntut keadilan ke atas pasukan Kelantan

Annuar tuntut keadilan ke atas pasukan Kelantan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Annuar tuntut keadilan ke atas pasukan Kelantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Annuar tuntut keadilan ke atas pasukan Kelantan
link : Annuar tuntut keadilan ke atas pasukan Kelantan

Baca juga


Annuar tuntut keadilan ke atas pasukan Kelantan

KOTA BHARU: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mahu pihak pengurusan bola sepak negara, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) berlaku adil terhadap isu yang dihadapi oleh persatuan itu ketika ini.

Annuar berkata pihak pengurusan FMLLP tidak seharusnya melakukan sesuatu tindakan secara bebas tanpa mengadakan perbincangan bersama KAFA berkaitan tindakan yang dikenakan terhadap pasukan The Red Warriors (TRW) itu.

"Kita (Kelantan) pasukan miskin, pasukan kais pagi makan pagi, pasukan yang didokong orang yang tiada pangkat atau kuasa...bukan MB (Menteri Besar) dan bukan istana namun jangan buat sesuka hati, kita hanya mahu keadilan dalam bersukan," katanya pada halaman Facebooknya hari ini.

Kelantan ketika ini menghadapi isu sekatan pendaftaran pemain import baharu selain daripada isu tunggakan gaji dan juga pemotongan enam mata pada saingan Liga Super musim ini.
Annuar berkata sepatutnya pihak yang bertanggungjawab terhadap badan gabungannya membawa KAFA berunding berkaitan masalah yang dihadapi ketika ini.

"Kelantan tidak dibawa beruding, konsultasi supaya masalah yang dihadapi dapat difahami, ini bermula dengan pelbagai tuduhan terhadap saya hingga merebak ke MARA (Majlis Amanah Raya) dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

"Tidak cukup di situ pasukan di potong mata, kemudian mahu dihalang usaha penambahbaikan pasukan. Apa salah sekiranya The Red Warriors (TWR) diperkuatkan? atau kerana Kelantan miskin dibolehkan jual segala yang ada tapi tidak boleh baiki atau perkuat kembali," katanya.

Pada awal bulan ini, Kelantan antara empat pasukan dipotong mata berikutan kegagalan menyelesaikan tunggakan gaji pemain-pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia sejak musim 2015 dan 2016.

Tiga lagi pasukan yang turut dikenakan tindakan yang sama oleh FMLLP ialah Perlis, ATM, dan T-Team.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Annuar tuntut keadilan ke atas pasukan Kelantan

Sekianlah artikel Annuar tuntut keadilan ke atas pasukan Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Annuar tuntut keadilan ke atas pasukan Kelantan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/annuar-tuntut-keadilan-ke-atas-pasukan_31.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :