APMM tahan 9 warga Indonesia tiada dokumen sah

APMM tahan 9 warga Indonesia tiada dokumen sah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul APMM tahan 9 warga Indonesia tiada dokumen sah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : APMM tahan 9 warga Indonesia tiada dokumen sah
link : APMM tahan 9 warga Indonesia tiada dokumen sah

Baca juga


APMM tahan 9 warga Indonesia tiada dokumen sah

SHAH ALAM: Lapan awak-awak dan seorang tekong bot dagang warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) petang semalam dekat perairan Pelabuhan Utara, Klang kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Pengarah Maritim Selangor Kapten Maritim Mohd Rosli Abdullah berkata, bot berkenaan ditahan sepasukan peronda APMM yang melakukan Operasi Satria Selatan pada kedudukan kira-kira 0.7 batu nautika dari perairan itu.

"Hasil pemeriksaan kami dapati tujuh awak-awak dan seorang tekong warga Indonesia yang bekerja di bahagian atas bot berkenaan gagal mengemukakan dokumen perjalanan apabila diminta.

"Seorang lagi awak-awak warga Indonesia yang juga tidak mempunyai dokumen perjalanan ditemui sedang bersembunyi di dalam bilik bot itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Mohd Rosli berkata tekong bot berkenaan juga gagal mengemukakan surat isytihar senarai barangan yang dibawa iaitu 400 guni pakaian terpakai.

Kesemua sembilan individu berusia antara 21 dan 50 tahun itu serta bot berkenaan dibawa ke depoh tahanan APMM Pelabuhan Klang untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/ 63 dan Seksyen 26C Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel APMM tahan 9 warga Indonesia tiada dokumen sah

Sekianlah artikel APMM tahan 9 warga Indonesia tiada dokumen sah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel APMM tahan 9 warga Indonesia tiada dokumen sah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/apmm-tahan-9-warga-indonesia-tiada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :