link : Arab Saudi jemput Najib sertai sidang bersama Donald Trump
Arab Saudi jemput Najib sertai sidang bersama Donald Trump
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menerima jemputan daripada kerajaan Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat pada 21 Mei, di Riyadh, Arab Saudi.
Jemputan itu disampaikan Menteri Kebudayaan dan Informasi Arab Saudi Dr Awwad Salleh Al-Awwad ketika mengadakan pertemuan dengan perdana menteri di pejabatnya di Perdana Putra di sini hari ini.
Menurut jurucakap Kementerian Luar, sidang kemuncak sehari itu dijangka turut dihadiri Presiden Amerika Syarikat Donald Trump serta pemimpin negara Islam lain.
Katanya acara itu antara lain akan membentangkan beberapa perkara termasuk isu keselamatan dan keganasan.
Awwad yang tiba di Malaysia semalam akan terbang ke Indonesia hari ini dan dan seterusnya ke Brunei untuk menyampaikan serupa kepada kedua-dua negara jiran itu.- Bernama
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Arab Saudi jemput Najib sertai sidang bersama Donald Trump
Sekianlah artikel Arab Saudi jemput Najib sertai sidang bersama Donald Trump kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Arab Saudi jemput Najib sertai sidang bersama Donald Trump dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/arab-saudi-jemput-najib-sertai-sidang.html