Armada Timur bukti kerajaan komited tingkat keselamatan

Armada Timur bukti kerajaan komited tingkat keselamatan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Armada Timur bukti kerajaan komited tingkat keselamatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Armada Timur bukti kerajaan komited tingkat keselamatan
link : Armada Timur bukti kerajaan komited tingkat keselamatan

Baca juga


Armada Timur bukti kerajaan komited tingkat keselamatan


KOTA KINABALU:  Pengwujudan Markas Pe-merintahan Armada Timur di Sepanggar, dekat sini menunjukkan kerajaan sangat komited untuk mempertingkatkan tahap ka-walan keselamatan di perairan Sabah dan Sarawak.

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman berkata pewujudan armada itu sangat penting dalam memberikan tindak balas yang lebih efektif dan cepat sekiranya berlaku sebarang ancaman maritim di kedua-dua negeri berkenaan.

“Selain itu, pengwujudan Armada Timur dilihat sangat bertepatan kerana kedudukan geostrategik Laut China Selatan yang sangat sensitif pada masa kini,” katanya kepada pemberita selepas upacara Perbarisan dan Perutusan Ulung Panglima Armada Timur, di sini, semalam.

Sejak 27 April lepas, Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah dipecahkan kepada dua iaitu pemerintahan Armada Barat di Lumut, Perak dan Armada Timur di Sepanggar, Kota Kinabalu.

Mengulas lanjut, Syed Zahiruddin berkata dari segi penempatan aset, Amarda Timur akan mendapat penambahan enam lagi kapal Peronda Kelas Kedah dalam tempoh terdekat.

“Selain itu, empat lagi kapal baharu jenis Littoral Mission Ship (LMS), yang telah ditandatangani untuk dibina dengan China baru-baru ini, juga akan ditempatkan di bawah markas ini.

“Penambahan kapal-kapal ini akan meningkatkan kesiapsiagaan aset-aset di Malaysia Timur. Ia juga bertepatan dengan Pelan Transformasi TLDM bagi membolehkan penyelenggaraan kapal lebih mudah dilakukan dengan penempatan kapal-kapal dalam kelas yang sama di satu pangkalan,” katanya. -Bernama
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Armada Timur bukti kerajaan komited tingkat keselamatan

Sekianlah artikel Armada Timur bukti kerajaan komited tingkat keselamatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Armada Timur bukti kerajaan komited tingkat keselamatan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/armada-timur-bukti-kerajaan-komited.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :