link : AS Tawar RM43 Juta Tangkap Pemimpin Militan
AS Tawar RM43 Juta Tangkap Pemimpin Militan
WASHINGTON: Amerika Syarikat hari ini mengumumkan pemberian ganjaran bernilai AS$10 juta (RM43.45 juta) sebagai tukaran kepada maklumat berhubung lokasi terkini pemimpin militan Barisan Fateh al-Sham yang juga rakan sekutu Al-Qaeda.
Ganjaran seumpama itu adalah yang pertama ditawarkan AS untuk maklumat mengenai Abu Mohamed al-Jolani.
Suspek yang sangat dikehendaki AS diberi gelaran 'pengganas global ciptaan khas' oleh Jabatan Negara dan turut berada dalam senarai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).
Dalam notis pengumuman itu, Abu Jolani dilaporkan menyertai Al-Qaeda pada April 2013 selepas tidak sehaluan dengan militan Daesh.
Barisan Fateh al-Sham yang sebelum ini dikenali sebagai Barisan Al-Nusra meninggalkan militan Al-Qaeda pada Julai tahun lalu.
Penganalisis menyifatkan langkah itu sebagai percubaan untuk membersihkan nama mereka daripada disenarai hitam oleh PBB dan kerajaan Barat. - AFP
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel AS Tawar RM43 Juta Tangkap Pemimpin Militan
Sekianlah artikel AS Tawar RM43 Juta Tangkap Pemimpin Militan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel AS Tawar RM43 Juta Tangkap Pemimpin Militan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/as-tawar-rm43-juta-tangkap-pemimpin.html