Awie ajak peminat cintai alam sekitar #blackoutbumisakit

Awie ajak peminat cintai alam sekitar #blackoutbumisakit - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Awie ajak peminat cintai alam sekitar #blackoutbumisakit, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Awie ajak peminat cintai alam sekitar #blackoutbumisakit
link : Awie ajak peminat cintai alam sekitar #blackoutbumisakit

Baca juga


Awie ajak peminat cintai alam sekitar #blackoutbumisakit

FIGURA ini terkenal dengan imej rock. Namun, imej dibawa tidak sesekali membuatkan beliau kekok berbicara mengenai isu alam sekitar, malah menyokong kempen #blackoutbumisakit,

“Saya pencinta tumbuh-tumbuhan hijau, saya juga suka bunga. Macam-macam bunga saya tanam hinggalah ke pokok durian. Alhamdulillah, tangan saya menjadi,

“Mungkin ada yang tak sedar, bila kawasan rumah banyak tumbuhan hijau, ia bagus untuk kesihatan mata. Bangun pagi, 10 minit saya ambil masa tengok tanaman hijau,” kata penyanyi kumpulan Wings, Datuk Awie.

Beliau yang sokong kempen Selebriti Selamatkan Dunia mahu melihat alam sekitar tidak diganggu walaupun pembangunan sedang pesat membangun.

Awie tidak menolak pembangunan satu keperluan tetapi pada masa sama setiap individu bertanggungjawab memelihara bumi.

Orang ramai perlu memiliki kemahuan untuk menjaga alam sekitar dan memulakan proses penjagaan di rumah sendiri.

“Bagi saya, siapa pun kita jangan jadikan alasan pembangunan untuk kita sewenang-wenangnya melakukan kerosakan kepada alam sekitar.

“Jangan serah peranan kepada orang lain atau kerajaan semata-mata. Mulakan dari dalam diri kita sendiri,” katanya sempena sambutan Hari Terbuka Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Casuarina@Meru, Sabtu lalu.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Bagi Awie, tidak perlu berbelanja besar untuk menghidupkan tumbuh-tumbuhan hijau di kawasan rumah.

“Tanam pokok bunga pun dah bantu kita menahan bumi daripada sakit dan tenat.

“Dulu saya ada buat kempen di Jengka, kempen ‘Rumahku Tamanku.’ Ramai tak sedar pokok hijau tumbuhan hutan lebih cantik dari bandar.

“Tak susah, buat saja dan jadikan kawasan kita sendiri seperti taman,” katanya sambil mengakui minatnya itu memberi banyak manfaat termasuk kesihatan diri.

Awie turut menyeru orang ramai dan rakan artis sama-sama menyokong kempen #blackoutbumisakit.

The post Awie ajak peminat cintai alam sekitar #blackoutbumisakit appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Awie ajak peminat cintai alam sekitar #blackoutbumisakit

Sekianlah artikel Awie ajak peminat cintai alam sekitar #blackoutbumisakit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Awie ajak peminat cintai alam sekitar #blackoutbumisakit dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/awie-ajak-peminat-cintai-alam-sekitar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :