link : Ayah, Adik Pengebom Machester Ditahan
Ayah, Adik Pengebom Machester Ditahan
Ayah dan adik kepada pengebom berani mati yang membunuh 22 orang di tapak konsert di Manchester ditahan di Tripoli, Libya.
Jurucakap pasukan anti-pengganas, Ahmed Salem berkata, bapa, Ramadan Abedi ditahan di luar rumahnya di Ayn Zara, Tripoli pada petang Rabu lalu.
Menurut saksi, dia digari sekumpulan lelaki bersenjata yang membawanya menaiki dua kenderaan.
Katanya, pasukan itu yang dikenali sebagai Rada turut menahan adik penyerang, Hashem, 20, pada petang Selasa lalu kerana disyaki terbabit dengan Daish.
Hashem juga telah berhubung abangnya dan disyaki merancang serangan di ibu negara Libya.
“Kami mempunyai bukti dia terlibat dengan Daish bersama abangnya. Kami memantau pergerakannya selama lebih sebulan setengah.
"Dia berhubung dengan abangnya dan mengetahui mengenai serangan itu," kata Ahmed Salem.
Bagaimanapun, Ahmed Salem tidak memberi sebab mengapa ayah penyerang ditahan.
Dalam kejadian kelmarin, 22 orang terkorban termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dalam serangan bom ketika konsert bintang pop Amerika Syarikat, Ariana Grande.-Reuters
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Ayah, Adik Pengebom Machester Ditahan
Sekianlah artikel Ayah, Adik Pengebom Machester Ditahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ayah, Adik Pengebom Machester Ditahan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/ayah-adik-pengebom-machester-ditahan.html