Ayam Percik Kuah Merah Kelantan Yang Tersohor, Rasa Mewah & Juicy

Ayam Percik Kuah Merah Kelantan Yang Tersohor, Rasa Mewah & Juicy - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ayam Percik Kuah Merah Kelantan Yang Tersohor, Rasa Mewah & Juicy, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ayam Percik Kuah Merah Kelantan Yang Tersohor, Rasa Mewah & Juicy
link : Ayam Percik Kuah Merah Kelantan Yang Tersohor, Rasa Mewah & Juicy

Baca juga


Ayam Percik Kuah Merah Kelantan Yang Tersohor, Rasa Mewah & Juicy

Jarang kaum wanita nak masak ayam percik setiap hari melainkan ada majlis tertentu atau menyambut bulan puasa. Jadi sempena bulan Ramadan, anda boleh cuba resepi ini untuk dihidangkan kepada keluarga tersayang dengan menggunakan resepi dari Puan Yuss Aisya ini...

Dalam sebuah dokumentari di astro, sebuah kedai ayam percik tersohor di Kelantan cuma beroperasi 3-4 jam setiap hari. Mengapa? Sebab ayam perciknya habis purata 100 ekor dalam tempoh itu saja.

Resepi Untuk Seekor Ayam

Perap dengan bahan tumbuk:

4 ulas bawang merah kecik

3 ulas bawang putih

1 inci halia

Sedikit garam.

Lumur mesra biarkan sejam.

Bahan percik:

Amaran...! Kuah percik ini tersangatlah lazat dinasihatkan buat lebih jika tidak menyesal macam saya. Tak cukup!

1/2 kotak santan wajib pekat (200 ml - baki lagi 1/2 kotak masuk kemudian - jika ayam besar guna santan lebih lagi)

2 batang serai

1 inci halia

1/2 inci lengkuas (optional)

5 tangkai cili kering rebus buang biji. (Saya suka pedas saya letak 10)

1 cawan air (cawan besar 250ml)

Blend semua diatas.

2 keping asam keping saiz sederhana

4 sudu gula (tak rasa manis sangat pun tak payah tekejut sangat)

1 sudu garam atau kiub ayam ikut cita rasa sendiri.

Cara Buat:

Masak api sedang kacau perlahan-lahan. Bila dah mendidik, baru masuk ayam.

Masuk ayam. Simbah-simbah kuah. Masak 5 minit kemudian balikkan ayam masak lagi 5 minit. Proses ni akan lock jus ayam dan serap lebih rasa percik. Jangan lupa simbah-simbah dan godek-godek perlahan ayam supaya tak melekat kat buntot kuali. Buat smpai habis ayam.

Lepas 10 minit rebus dalam kuah. Angkat ayam guna sepit. Bubuh atas tray. Pastikan ayam bersalut percik ye. Lapik dengan daun pisang. Saya duk padang pasir tak ada pokok pisang. Gunalah baking paper. Bakar dalam oven yang telah preheated 230°C selama 30 minit. Ayam saya kecik - Jika ayam besar tambah masa lagi.

Baki 1/2 kotak santan masuk dlm kuah percik tadi dan masak hingga berkrim. Rasa. Jika tawar tambah apa yg patut. Ingat... kuah wajib rasa masam, masin, manis, pedas yg seimbang baru jadi.

Texture ayam juicy dan empuk dicecah dengan kuah percik yang creamy. Tidak hairanlah mengapa ramai beratur pjg di kedai ayam percik di sekitar Kelantan.
 

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Ayam Percik Kuah Merah Kelantan Yang Tersohor, Rasa Mewah & Juicy

Sekianlah artikel Ayam Percik Kuah Merah Kelantan Yang Tersohor, Rasa Mewah & Juicy kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ayam Percik Kuah Merah Kelantan Yang Tersohor, Rasa Mewah & Juicy dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/ayam-percik-kuah-merah-kelantan-yang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :