link : Azizi DAP Cuba 'Api-Apikan' Kepimpinan PBB
Azizi DAP Cuba 'Api-Apikan' Kepimpinan PBB
Walaupun isu membabitkan pimpinan Pakatan Harapan Sarawak (PHS) dan Sabah tidak terpilih dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan tidak mampu diselesaikan, Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa kini sibuk mencampuri urusan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang bukan diwakilinya.
Adalah lebih baik jika Aziz cuba menjadi hero untuk memastikan pemimpin PHS dipilih ke dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan daripada cuba masuk ke dalam kandang orang lain.
Beliau cuba untuk mengapi-apikan kepimpinan dalam PBB namun parti tulang belakang Barisan Nasional (BN) bukan mudah untuk digugat kerana perpaduan menjadi azimat utama setiap ahlinya.
Tindakan Aziz itu hanya dipandang sinis kepimpinan PBB kerana dalam DAP sendiri beliau tidak mempunyai jawatan tertinggi.
Kenyataan dibuat Aziz dalam Facebook mengenai PBB juga merupakan kreativiti melampau dan lawak sekaligus boleh memasuki Maharaja Lawak.
Aziz tidak sepatutnya menyamakan permainan politik DAP dengan PBB.
Malah sebelum ini, Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Seri Abdul Taib Mahmud ketika Perhimpunan PBB turut berharap perpaduan yang terjalin dalam PBB perlu diterjemahkan dalam parti komponen BN lain.
"Perpaduan kita adalah paling baik untuk membawa Sarawak ke tahap lebih maju," katanya.
Ia amat jelas membuktikan perpaduan dalam PBB amat sukar digugat.
Usaha yang cuba berlagak hero untuk mengapi-apikan kepimpinan PBB sudah pasti menemui jalan buntu.-Sarawakiana
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Azizi DAP Cuba 'Api-Apikan' Kepimpinan PBB
Sekianlah artikel Azizi DAP Cuba 'Api-Apikan' Kepimpinan PBB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Azizi DAP Cuba 'Api-Apikan' Kepimpinan PBB dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/azizi-dap-cuba-api-apikan-kepimpinan-pbb.html