link : Azizulhasni tidak setuju dengan cadangan PKBM
Azizulhasni tidak setuju dengan cadangan PKBM
Bukan sahaja Azizulhasni, malah banyak lagi pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan PKBM untuk menutup program latihan di Melbourne itu.
Azizulhasni -- yang mula berlatih di Australia sejak 2007 -- adalah antara yang mendapat pendedahan terbaik daripada program kendalian John Beasley sehingga bergelar juara dunia dalam acara keirin.
"Mereka boleh memindahkan atlet dan program mereka ke Malaysia tetapi saya berada dalam Program Podium, iaitu di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS)."Jika KBS mengarahkan saya pulang, sudah tentu saya perlu pulang. Tetapi selain berada di bawah ISN dan KBS, saya juga berada di bawah naungan CIMB Pro-Cycling," jelasnya.
Atas faktor menjimatkan kos, PKBM akan mencadangkan penutupan program latihan di Melbourne itu dalam mesyuarat jawatankuasa kerja bersama Majlis Sukan Negara (MSN), bulan depan.
Velodrom Nasional Malaysia akan diserahkan kepada Kementerian Belia dan Sukan, Khamis ini.
Terdahulu, Azizulhasni menghadiri Program Graduan Aspire di ibu kota bersama ratu skuasy, Datuk Nicol David, yang dijaduakan menyertai Kejohanan Kebangsaan, Rabu ini.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Azizulhasni tidak setuju dengan cadangan PKBM
Anda sekarang membaca artikel Azizulhasni tidak setuju dengan cadangan PKBM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/azizulhasni-tidak-setuju-dengan.html