link : Azmin main wayang tunjuk 'power' dengan Majlis Syura PAS
Azmin main wayang tunjuk 'power' dengan Majlis Syura PAS
Jangan cuba-cuba untuk 'goncang' kerajaan Selangor... kerana jika Majlis Syura PAS buat keputusan untuk keluar dari kerajaan negeri Selangor, silap-silap beberapa ADUN PAS lagi akan lari.
Itu mesej tersirat daripada perhimpunan ADUN-ADUN PAS/PKR dan sorang DAP ketika menyambut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang baru pulang dari lawatan luar negara sejak Ahad.
Semua sedia maklum kini Majlis Syura PAS akan bertemu untuk bincang apakah PAS perlu kekal atau keluar dari kerajaan Selangor selepas usul putus hubungan dengan PKR diluluskan oleh ahli-ahli PAS ketika Muktamar baru-baru ini.
Tanpa menghormati keputusan tersebut, Azmin mengisytiharkan isu hubungan antara PKR dan PAS sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu untuk mencetuskan ketidakstabilan politik di Selangor.
“Ini semua provokasi dan politik jahat dan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang cuba cetuskan ketidakstabilan politik di Selangor. Saya gembira dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor.
“Mereka telah berkhidmat dengan baik dan sentiasa memberi tumpuan kepada kerja yang diamanahkan tanpa mempedulikan politik jahat yang dimainkan oleh musuh,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang Jumaat.
Mohamed Azmin dan delegasinya tiba di KLIA hari ini pada pukul 3.05 petang selepas mengadakan lawatan ke Maghribi, Jordan dan Mesir sejak 1 Mei lalu bagi menyampaikan sumbangan pendidikan ‘Peduli Siswa’ kepada pelajar Selangor di sana.
Antara yang hadir menyambut ketibaan Mohamed Azmin ialah dua orang anggota Exco kerajaan negeri Selangor dari PAS iaitu Zaidy Abdul Talib dan Dr. Ahmad Yunus Hairi bersama Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Shafie Ngah, yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor.
Selain itu, turut kelihatan ialah ADUN Paya Jaras, Khairuddin Othman: ADUN Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan; ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim; ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari dan Ahli Parlimen, Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Demikianlah Artikel Azmin main wayang tunjuk 'power' dengan Majlis Syura PAS
Sekianlah artikel Azmin main wayang tunjuk 'power' dengan Majlis Syura PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Azmin main wayang tunjuk 'power' dengan Majlis Syura PAS dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/azmin-main-wayang-tunjuk-power-dengan.html