Azmin minta tiga exco PAS lepas jawatan

Azmin minta tiga exco PAS lepas jawatan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin minta tiga exco PAS lepas jawatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin minta tiga exco PAS lepas jawatan
link : Azmin minta tiga exco PAS lepas jawatan

Baca juga


Azmin minta tiga exco PAS lepas jawatan

Petaling Jaya – Tiga exco PAS di Selangor telah diminta oleh Datuk Seri Azmin Ali supaya melepaskan jawatan masing-masing sebagai ahli exco kerajaan negeri.


Menteri Besar Selangor membuat permintaan mengejutkan itu semasa mesyuarat selama satu jam dengan Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Pesuruhjaya PAS negeri yang baharu, Sallehen Mukhyi juga hadir dalam mesyuarat tersebut.

Namun, Azmin telah memberi jaminan bahawa PAS masih boleh kekal sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri selaras dengan mandat kemenangannya pada pilihan raya umum 2013.


Difahamkan, wakil PAS akan terus menikmati peruntukan pembangunan negeri, kekal sebagai ahli majlis perbandaran dan jawatankuasa kampung.

Azmin memanggil mesyuarat itu berikutan keputusan Majlis Syura PAS pada Khamis menamatkan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR.

Beliau menerima tekanan daripada rakan-rakan Pakatan Harapan untuk memutuskan hubungan dengan PAS kerana tidak masuk akal untuk mereka ‘tinggal serumah’ selepas parti itu mengumumkan ‘perceraian’.

Difahamkan bahawa wakil-wakil PAS terkejut dengan permintaan menteri besar dan mereka mahu berbincang dengan parti sebelum tampil dengan satu keputusan.

Turut difahamkan, pemimpin-pemimpin PAS telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan mesyuarat pimpinan tertinggi parti akan dipanggil tidak lama lagi.

Langkah ‘luar jangkaan’ oleh Azmin itu telah mengejutkan pimpinan PAS kerana parti itu tidak mempunyai rancangan untuk melepaskan mana-mana jawatan dalam kerajaan negeri walaupun Majlis Syura telah membuat keputusan mengenai hubungan mereka yang boleh diibaratkan sebagai ‘cerai talak tiga’.


Read more http://ift.tt/2qcLd9s
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Azmin minta tiga exco PAS lepas jawatan

Sekianlah artikel Azmin minta tiga exco PAS lepas jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin minta tiga exco PAS lepas jawatan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/azmin-minta-tiga-exco-pas-lepas-jawatan_13.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :