link : Badan Semakin Berisi, Rihanna Didakwa Hamil
Badan Semakin Berisi, Rihanna Didakwa Hamil
Kecoh baru-baru ini mengenai sekeping foto terbaharu Rihanna yang dimuat naik di laman sosial Instagram.
Apa yang mencuri perhatian kerana foto tersebut menunjukkan bentuk badan pelantun lagu Work itu yang nampak lebih berisi.
Berdasarkan foto yang dimuat naik oleh The Shade Room itu, Rihanna mengenakan kemeja yang mendedahkan bahunya dan dipadankan dengan seluar jeans.
Foto yang dipercayai di rakamkan pada 28 Mei lalu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang mendakwa penghibur yang mendapat jolokan “Puteri Barbados” kini sedang berbadan dua.
“Saya rasa dia sedang hamil. Ya Tuhan, semoga dia memang betul hamil,” tulis salah seorang peminat.
“Dia seperti benar-benar hamil. Lihat bagaimana dia berusaha untuk menutupinya,” tambah seorang peminat lain.
Setakat ini, foto tersebut mendapatkan lebih 190 ribu like dan lebih 8,0000 komen dari para peminat
Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Rihanna mengenai desas-desus tersebut.
Terdahulu, Rihanna dikabarkan menjalin asmara dengan Drake. Namun kini, kedua-duanya sudah tidak lagi bersama.
The post Badan Semakin Berisi, Rihanna Didakwa Hamil appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Badan Semakin Berisi, Rihanna Didakwa Hamil
Anda sekarang membaca artikel Badan Semakin Berisi, Rihanna Didakwa Hamil dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/badan-semakin-berisi-rihanna-didakwa.html