link : BAM Hantar Liu Ying Jalani Ujian Rawatan Di Jerman
BAM Hantar Liu Ying Jalani Ujian Rawatan Di Jerman
PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan menghantar pemain beregu campuran negara, Goh Liu Ying, ke Halle, Jerman, Sabtu lalu bagi mendapatkan nasihat pakar berhubung kecederaan lutut dan bahu yang dialaminya.
Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, berkata keputusan itu dibuat bagi mendapatkan pandangan kedua mencari kaedah rawatan terbaik untuk menyelamatkan karier Liu Ying yang disifatkan sebagai aset negara terutama bagi menghadapi Olimpik Tokyo 2020.
"Kita menghantar Liu Ying yang ditemani fisioterapi, Sandra Fiedler, bertemu dengan pakar di Pusat Perubatan Sains Sukan di Halle untuk mendapatkan pandangan kedua mengenai kecederaan yang dialaminya.
"Kita mahu tahu apa yang boleh dilakukan untuk memastikan Liu Ying tidak lagi dibelenggu dengan kecederaan.
Jika dia terpaksa jalani pembedahan sekali lagi, kita akan lakukan walaupun dia terpaksa diketepikan pada Kejohanan Dunia (di Glasgow, Scotland, Ogos depan).
"Ini perlu kerana dia masih lagi prospek utama bagi menghadapi Olimpik Tokyo bersama Chan Peng Soon," kata Norza ketika sidang media selepas majlis majlis menandatangani kontrak baharu antara Datuk Lee Chong Wei sebagai duta 100PLUS di sini, hari ini.
Pada Mei 2014, Liu Ying menjalani pembedahan kedua-dua lututnya dan terpaksa berehat selama 11 bulan bulan tetapi kembali bangkit selepas itu sehingga menyaksikan dia berjaya memenangi pingat perak Olimpik Rio 2016 bersama Peng Soon.
Namun, kesakitan di bahagian lututnya kembali berulang malah kali ini dia turut mengalami kecederaan bahu. Susulan masalah kecederaannya itu dia terpaksa digugurkan daripada skuad negara ke Piala Sudirman di Gold Coast, Australia bermula Ahad ini.
Dalam perkembangan lain, Norza memaklumkan BAM akan mengiklankan dua jawatan kosong dalam badan induk itu, minggu ini.
"Kita mencari individu yang layak untuk jawatan Pengurus Besar selepas peletakan jawatan Lawrence Chew dan satu lagi adalah Ketua Akademi Badminton Malaysia yang akan beroperasi sepenuhnya, Januari tahun depan," katanya. BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel BAM Hantar Liu Ying Jalani Ujian Rawatan Di Jerman
Sekianlah artikel BAM Hantar Liu Ying Jalani Ujian Rawatan Di Jerman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BAM Hantar Liu Ying Jalani Ujian Rawatan Di Jerman dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/bam-hantar-liu-ying-jalani-ujian.html