Bangga Apabila Ramai Anak Muda Serius Berniaga Tapi...

Bangga Apabila Ramai Anak Muda Serius Berniaga Tapi... - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bangga Apabila Ramai Anak Muda Serius Berniaga Tapi..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bangga Apabila Ramai Anak Muda Serius Berniaga Tapi...
link : Bangga Apabila Ramai Anak Muda Serius Berniaga Tapi...

Baca juga


Bangga Apabila Ramai Anak Muda Serius Berniaga Tapi...

Bangga Apabila Ramai Anak Muda Serius Berniaga Tapi...

Ramai belia mengambil peluang berniaga di Bazar Ramadan tetapi terdapat kekangan faktor tapak berniaga. (Gambar: mediapermata)

Bulan Ramadan yang penuh keberkatan bukan sahaja dinanti-nantikan umat Islam kerana ganjaran pahala yang ditawarkan tetapi ia juga bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh golongan peniaga. Umat Islam mahukan keberkatan berpuasa, manakala peniaga di serata tanah air menantikan kedatangan Ramadan untuk menambah pendapatan dengan menjual pelbagai juadah berbuka puasa.

Justeru, tidak hairan tapak bazar Ramadan menjadi rebutan ramai termasuk peniaga `bidan terjun'. Bagaimanapun, tidak semua daripada mereka berpeluang berniaga di situ ekoran jumlah tapak berniaga yang terhad.

Justeru, situasi itu menarik perhatian Presiden Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC), Datuk Dr. Alex Ong yang berpandangan pihak berkuasa tempatan (PBT) sepatutnya membuka ruang yang lebih besar untuk lebih ramai umat Islam meraih rezeki pada bulan suci ini.

Meskipun beliau bukan seorang muslim, Alex menyatakan terdapat ramai golongan muda mengambil kesempatan berniaga di Bazar Ramadan sekali gus menunjukkan minat mereka yang tinggi dalam bidang perniagaan.

"Menjadi suatu kebanggaan kerana anak muda kita semakin serius untuk mendekati ilmu perniagaan. Kami berharap agar PBT memberi ruang dan kelonggaran budi bicara dalam permohonan berniaga di waktu Ramadan ini.

"Kami menyeru kepada PBT membuka ruang kepada mereka dapat merasai rezeki pada bulan suci ini dan kami mohon berikanlah nasihat sewajarnya dan jangan putuskan harapan peniaga ini.

"Mereka juga manusia yang mencari rezeki seperti kita semua, tidak kira warna kulit masing-masing juga sedang mencari rezeki di waktu ekonomi yang tidak menentu ini," katanya dalam satu kenyataan.

Alex bagaimanapun mengingatkan peniaga terbabit supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan PBT dalam menjalankan perniagaan termasuk dari aspek kebersihan.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bangga Apabila Ramai Anak Muda Serius Berniaga Tapi...

Sekianlah artikel Bangga Apabila Ramai Anak Muda Serius Berniaga Tapi... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bangga Apabila Ramai Anak Muda Serius Berniaga Tapi... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/bangga-apabila-ramai-anak-muda-serius.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :