Bapa Maut Dibunuh Anak Kandung

Bapa Maut Dibunuh Anak Kandung - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bapa Maut Dibunuh Anak Kandung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bapa Maut Dibunuh Anak Kandung
link : Bapa Maut Dibunuh Anak Kandung

Baca juga


Bapa Maut Dibunuh Anak Kandung

TAWAU - Seorang warga emas maut dibunuh anak kandungnya dalam kejadian di sebuah kediaman tidak bernombor di Kampung Sungai Gading 1 Wakuba, Batu 15 di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3.10 pagi itu, mangsa Ali Nordin, 56, maut akibat ditetak pada bahagian kepala dan ditikam pada leher oleh suspek ketika dua beranak tersebut bertengkar di dalam rumah terbabit.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, selepas menetak mangsa, suspek yang berusia 27 tahun itu didapati cuba membunuh diri dengan menikam dirinya.

"Sebelum kejadian mangsa dipercayai bertikam lidah dengan suspek akibat perselisihan faham. Suspek yang berang telah bertindak menikam mangsa dengan pisau dan menetak menggunakan parang.

"Susulan perbuatan itu, suspek juga cuba membunuh diri dengan menikam perutnya sendiri," katanya sebentar tadi.

Fadil berkata, siasatan awal mendapati suspek yang bekerja sebagai kontraktor mengutip sampah itu berada dibawah pengaruh dadah dan punca pertengkaran masih disiasat.

Katanya, polis merampas sebilah parang sepanjang 0.7 meter dan pisau sepanjang 0.2 meter yang dijumpai di lokasi kejadian.

Tambahnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suspek yang sedang kritikal dirawat di Hospital Tawau di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - K! ONLINE
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bapa Maut Dibunuh Anak Kandung

Sekianlah artikel Bapa Maut Dibunuh Anak Kandung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bapa Maut Dibunuh Anak Kandung dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/bapa-maut-dibunuh-anak-kandung.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :