link : Baru popular usah luka hati orang
Baru popular usah luka hati orang
Berbeza pula dengan kisah yang Cik Pang nak kongsikan ini. Baru-baru ini teman Cik Pang yang juga jurufoto mengadu mengenai sikap penyanyi baru yang popular dengan lagu Sedalam Dalam Rindu iaitu Tajul.
Penyanyi yang namanya kian meningkat itu didakwa tidak memberi kerjasama baik dengan jurufoto yang ditugaskan merakam gambarnya bersama beberapa artis lain.
Dakwa teman Cik Pang, sesi fotografi belum lagi habis tetapi selepas beberapa shot, Tajul didakwa meminta sesi itu ditamatkan tanpa sebab kukuh.
Malah penamatan sesi fotografi itu tidak dibincangkan terlebih dahulu. Andai betul mahu tamatkan sesi kerana ada urusan penting, sekurang-kurangnya maklumkan kepada media dan jurufoto agar dipersetujui bersama.
Buatkan Cik Pang terfikir, adakah semua artis generasi muda memang degil dan pentingkan diri sehingga langsung tidak tahu menghormati kerja orang lain?
Bukan Cik Pang sengaja nak cetuskan polemik tapi selepas diperhatikan seorang demi seorang artis baru dan muda muncul di dalam bidang seni, sikap ditunjukkan mereka semakin mengarut.
Seolah-olah sikap dan adab sopan sudah tidak penting lagi dan seiring dengan bakat dimiliki.
Lebih membuatkan Cik Pang mual ialah sikap peminat mereka yang lebih sudu daripada kuah.
Kesempatan ini Cik Pang nak ajak semua pembaca supaya jadilah peminat bijak. Pada artis pula, janganlah terus busukkan nama dengan perkara yang pendek akal.
Pendek kata, kalau mahu dihormati semua pihak, belajarlah menghormati orang lain juga.
The post Baru popular usah luka hati orang appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Baru popular usah luka hati orang
Anda sekarang membaca artikel Baru popular usah luka hati orang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/baru-popular-usah-luka-hati-orang.html