link : Bas Ekspres Terbabas Rempuh 7 Kenderaan
Bas Ekspres Terbabas Rempuh 7 Kenderaan
KLUANG: Sebuah bas ekspres terbabas merempuh masuk ke Stesen Jambatan Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sri Lalang, dekat sini, sebelum merempuh tujuh kenderaan lain, dalam kejadian di Kilometer 45.3 Jalan Batu Pahat-Mersing, tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, bas ekpres yang tiada penumpang itu dalam perjalanan dari Ayer Hitam menghala ke bandar Kluang.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, berkata setibanya di lokasi kejadian, bas ekspres berkenaan terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi kiri jalan berkenaan.
"Hentaman kuat itu menyebabkab bas ekspres berkenaan melantun dan terbabas pula memasuki arah bertentangan di kanan jalan empat lorong itu sebelum melanggar sebuah kereta dari arah Kluang yang menghala Ayer Hitam.
"Bas ekpres ini kemudian meluncur laju memasuki parit bersimen dan sebatang lagi pokok sebelum merempuh masuk pulak Stesen Jambatan Timbang JPJ Sri Lalang lalu melanggar enam lagi kenderaan termasuk sebuah motosikal milik kakitangan JPJ.
"Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan dalam kejadian ini.
"Pemeriksaan polis mendapati pemandu bas ekpres berusia 45 tahun berkenaan negatif dadah menerusi ujian urin yang dijalankan, selain tidak memiliki saman tertunggak," katanya.
Mohamad berkata, bagaimanapun siasatab masih dijalankan mengikut Seksyen 41 ( 1 ) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Bas Ekspres Terbabas Rempuh 7 Kenderaan
Sekianlah artikel Bas Ekspres Terbabas Rempuh 7 Kenderaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bas Ekspres Terbabas Rempuh 7 Kenderaan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/bas-ekspres-terbabas-rempuh-7-kenderaan.html