Bayi lelaki ditemui di dalam tong sampah

Bayi lelaki ditemui di dalam tong sampah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bayi lelaki ditemui di dalam tong sampah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bayi lelaki ditemui di dalam tong sampah
link : Bayi lelaki ditemui di dalam tong sampah

Baca juga


Bayi lelaki ditemui di dalam tong sampah

TEMERLOH: Seorang bayi lelaki yang sempurna sifat telah ditemukan dibuang di dalam tong sampah di hadapan sebuah rumah di Taman Temerloh Jaya 9 di Temerloh Pahang pada jam kira-kira 6.20 hari ini.

Lebih menyedihkan, bayi yang masih bertali pusat seberat kira-kira 2.5 kilogram itu diletakkan bersama sisa sampah semalaman di dalam tong sampah yang tertutup itu.

Ketika ditemukan, bayi berkenaan juga didapati mengalami kecederaan di kepala berhampiran telinga kanan dipercayai terkena sisa sampah yang tajam seperti tin susu.

Seorang saksi, Khairudin Yaakob, 56 tahun, berkata, bayi bersama tali pusat dan juga uri itu ditemukan hanya berbalut dengan sekeping kertas surat khabar oleh seorang lelaki yang kebetulan pulang dari sembahyang subuh awal pagi tadi.

Khairudin berkata, pada pukul 11 malam semalam, dia ada membuka tong sampah dan ketika itu bayi berkenaan tidak bersuara menyebabkan saya tidak perasan dan hanya beranggapan hanya sampah yang masih belum dikutip oleh pihak berkaitan.

“Saya buka (periksa) sampah itu sebab saya pelik kenapa ia tidak dikutip. Rupanya ada bayi di dalam,” kata Khairudin.

Menurutnya lagi, dia dan keluarganya ada mendengar suara tangisan berlarutan sepanjang malam sehinggalah ditemukan pada awal pagi tadi.

Dia pada mulanya menyangkakan tangisan itu hanyalah seekor anak kucing sebelum dikejutkan dengan penemuan bayi lelaki berkenaan.

Beliau juga turut  berasa sedih memikirkan bagaimana bayi yang baru lahir ini berada semalaman di dalam tong sampah yang tertutup dan busuk ini dan menganggap hanya kuasa Allah yang menyelamatkan bayi itu kerana tidak ada semut yang menghurunginya.

Saorang lagi saksi, Mohd Salman Hakim Khairuddin berkata, bayi yang lengkap dengan uri itu didapati ada terluka di bahagian telinga kemungkinan terkena tin yang dibuang kedalam tong sampah berkenaan dan diberi minuman akibat kehausan.

Sejurus selepas itu pihak polis bersama jabatan kesihatan telah mengambil bayi berkenaan untuk tindakan susulan.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bayi lelaki ditemui di dalam tong sampah

Sekianlah artikel Bayi lelaki ditemui di dalam tong sampah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bayi lelaki ditemui di dalam tong sampah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/bayi-lelaki-ditemui-di-dalam-tong-sampah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :