Bekalan bahan makanan cukup sepanjang Ramadan

Bekalan bahan makanan cukup sepanjang Ramadan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekalan bahan makanan cukup sepanjang Ramadan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekalan bahan makanan cukup sepanjang Ramadan
link : Bekalan bahan makanan cukup sepanjang Ramadan

Baca juga


Bekalan bahan makanan cukup sepanjang Ramadan

KEMAMAN: Semua bahan makanan bagi keperluan di sepanjang bulan Ramadan mencukupi berikutan tindakan kerajaan yang telah membuat persiapan awal dan rapi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata setakat ini pendaratan ikan juga telah bertambah di seluruh negara, kecuali di beberapa kawasan di Pantai Timur, namun ia bukanlah pada tahap membimbangkan.

"Ada ikan-ikan tertentu dilihat pendaratannya melebihi daripada biasa misalnya ikan tongkol. Bagi bekalan ayam, pihak pengusaha telah diminta supaya menambah pengeluaran mereka lebih awal.

"Ayam boleh dikeluarkan dalam tempoh 45 hari. Jadi pengusaha mampu menjadualkan penternakan mereka dan boleh dikeluarkan semasa bulan puasa ini. Kalau ada sedikit masalah mungkin melibatkan hari pertama dan kedua puasa kerana masalah lojistik," katanya.

Beliau, yang juga Anggota Parlimen Kemaman berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Jururawat peringkat daerah Kemaman di sini hari ini.

"Bahagian penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi (KPDNKK) sentiasa memantau dan mengambil berat untuk memastikan bekalan makanan dan minuman sentiasa cukup dan ditingkatkan pada bulan puasa ini. Yang saya bimbangkan ialah pembaziran," katanya.

Ahmad Shabery berharap orang ramai dapat mengawal tabiat pembaziran kerana ia bukan sahaja tidak baik di sisi agama, tetapi juga memudaratkan alam sektiar, yang menjadikan keupayaan untuk menghasilkan makanan ke tahap kelestarian yang sepatutnya terbantut.

Selain itu Ahmad Shabery berkata, bagi bekalan kelapa, negara masih memperolehinya daripada dari negara-negara lain seperti Indonesia dan Filipina dan yakin ia mencukupi di bulan puasa ini.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bekalan bahan makanan cukup sepanjang Ramadan

Sekianlah artikel Bekalan bahan makanan cukup sepanjang Ramadan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekalan bahan makanan cukup sepanjang Ramadan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/bekalan-bahan-makanan-cukup-sepanjang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :