Bekas Majistret Didakwa Rasuah

Bekas Majistret Didakwa Rasuah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas Majistret Didakwa Rasuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas Majistret Didakwa Rasuah
link : Bekas Majistret Didakwa Rasuah

Baca juga


Bekas Majistret Didakwa Rasuah


SHAH ALAM: Seorang bekas majistret didakwa di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan merasuah Timbalan Pendakwa Raya Selangor berjumlah RM1,000 Februari lalu. 

Tertuduh, Esther Tan Siew Choo, 54, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. 

Tertuduh yang kini seorang peguam, didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009, secara rasuah memberi suapan wang tunai RM1,000 kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor, Mahmoodah VM Abdul Latif sebagai dorongan menggugurkan kes terhadap anak guamnya, Mohd Hairi Mohd Jani yang melakukan kesalahan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan iaitu cubaan samun, Februari lalu. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Mahkamah Majistret Sungai Besar, Jalan Besar, Sungai Besar, Selangor pada jam 12.30 tengah hari, 2 Februari lalu. 

Jika sabit kesalahan, Esther boleh di kenakan hukuman mengikut Seksyen 24 (1) akta sama iaitu penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Hazirah Azeman manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Salehuddin Saidin. 

Mahkamah menetapkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah. Rozilah menetapkan 26 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bekas Majistret Didakwa Rasuah

Sekianlah artikel Bekas Majistret Didakwa Rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas Majistret Didakwa Rasuah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/bekas-majistret-didakwa-rasuah.html

Subscribe to receive free email updates: